Duit Syiling Baru Tak Laku
duit syiling baru malaysia Duit Syiling Baru Tak Laku
Saya ada cerita ‘pelik’ mengenai duit syiling Malaysia yang baru ini. Kejadian ini berlaku dalam negara, bukan di Uganda, Kazakhstan atau Pakistan.
Jumaat lepas saya dan suami menaiki komuter ke Nilai dan meninggalkan kereta kami di pekan Rawang. Selok sana, belek sini kami berdua tiada sekeping pun duit syiling untuk dimasukkan ke dalam mesin bayar dan peraga tempat letak kereta.
Saya terpaksa tinggalkan kereta tanpa bertiket untuk membeli sesuatu di kedai sekitar stesen komuter bagi mendapatkan duit syiling yang mencukupi. Kami terpaksa membeli jajan murah secara berasingan supaya memperolehi syiling yang mencukupi. Kalau nak minta tukar terus dengan pekerja, tak ada pekedai yang sudi.
Kelam kabutlah juga kerana komuter telah berada di landasan yang akan bergerak pada bila-bila masa. ( Rawang adalah stesen terakhir perjalanan komuter dari Seremban, biasanya akan berhenti 10-15 minit sebelum membuat perjalanan semula )
Cukup saja syiling dalam gengaman, saya berlari lari anak gajah ke tempat letak kereta untuk membeli tiket bayar dan peraga. Saya dah tak fokus berapa syiling yang ada dalam gengaman, rasa macam cukup pun dah lega.
Saya masukkan sekeping demi sekeping syiling yang berada di tapak tangan…. sampai syiling yang ke 3, duit tersebut bergolek keluar. Cuba lagi kali ke empat, ke lima… ke enam… syiling tetap bergolek keluar.
Nilai yang tercatit hanyalah 30 sen yang tidak melayakkan saya ‘menyewa 1 jam’ petak letak kereta. Saya tekan butang untuk keluarkan semula duit di dalam mesin, bunyi berdenting tetapi bukanlah di luar petak untuk dikutip semula. Mesin kekenyangan menelan 30 sen saya yang berharga.
Baki syiling berkilau di dalam tapak tangan saya tidak berharga, tidak laku untuk diguna pakai di dalam negara sendiri.
Dalam keadaan terdesak setelah mencuba untuk menjadi warga negara yang bertanggungjawap, saya bertekad dan bertawakal meninggalkan kereta tanpa memperagakan tiket. Saya bukan buat dengan sengaja.
Kesemua syiling yang tidak diterima oleh mesin bayar dan peraga tersebut adalah syiling baru Malaysia yang memenuhi standard kualiti duit syiling seperti garis panduan yang dikeluarkan oleh BNM.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment