Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 25, 2012

TAN SRI, LAKSAMANA (B) DAN ABE MAT MLM NANTI DI MELEWAR !

Tan Sri Kadir, Mohd Sabu di Taman Melewar 27 April

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berganding mantap dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam himpunan mega Rapat Rakyat Bersih 3.0 pada 27 April ini di Markas PAS Pusat, Taman Melewar jam 9.30 malam.

Selain mereka, Laksamana Pertama Imran Abd Hamid (B) dan beberapa pemimpin NGO akan mengisi slot ucapan pada malam itu.

Pada keesokannya kira-kira 500,000 rakyat Malaysia akan berhimpun secara aman Bersih 3.0 “Duduk Bantah” di Dataran Merdeka jam 2 petang. Ini adalah ceramah kali kedua Abdul Kadir, selepas bertemu lebih 30,000 penduduk Kupang, Baling 15 April lalu bersama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

No comments: