Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 20, 2012

RAMAI AHLI UMNO DAH BERSILAT DAN MELUAT GARA-GARA GADAI MARUAH BN DAN SPR

Semua negara maju di dunia pernah digolongkan sebagai negara yang telah melalui proses yang boleh dikatakan proses pembetulan atau proses pendemokrasian 'sebenar' sebelum mereka keluar dari menjadi lebih kuat, bersatu dan maju. Proses pembetulan ini seringkali dipanggil Revolusi. Ada yang melabelkan proses pembetulan ini sebagai pecah belah, perang saudara, demontrasi, tunjuk perasaan dan sebagainya.

Revolusi selalunya terjadi apabila sebuah kerajaan samada raja atau parti politik memerintah terlalu lama. Mereka anggap mereka saja yang layak memerintah dan mulalah bila proses demokrasi yang di gunakan sebagai topeng keadilan di manipulasi seperti di Malaysia di mana mereka sanggup mendaftarkan pendatang asing bagi memastikan mereka terus mendapat mandat dari pengundian yang sebenarnya mereka cuba mendapatkan undi palsu.
Tamrin anak bekas TPM Allahyarham Gafar Baba yang masih UMNO pun meluat dan jijik dengan cara Pimpinan UMNO/BN yang sanggup menggadai maruah Negara dengan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa melalui prosidur yang betul hanya untuk mendapatkan pengundi haram yang dihalalkan untuk jangkamasa pendek.
Inilah muka-muka yang didakwa sebagai pengkhianat negara yang dikambinghitam bagi melindungi arahan atasan.
Kad pengenalan ini ada tempoh hayat dikatakan mengunakan tektik Pilihan Raya di Sabah di mana kada pengenalan ini akan diberi untuk pilihan raya dan akan diambil semula atau dirampas sebagai kad pengenalan bermutu tinggi.
Kuasa pemerintahan terlalu lama yang dimiliki manusia akan menimbulkan banyak penyakit hati. Manusia mempunyai nafsu tanpa had. Manusia yang mempunyai kuasa dan kaya akan lupa diri. Mereka menjagi sombong dan bongkak. Mereka termakan pujukan syaitan untuk terus mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun. Akibatnya rasuah, penipuan, kronisme dan pelbagai penyakit masyarakat timbul. Di dalam juga Al Quran menceritakan mereka ini seperti namrud dan firaun.

1 comment:

Anonymous said...

aku pernah bekunjung ke rumah salah seorang saudaraku di sumatera. setelah bercerita dan bersembang bersama ahli keluarga, aku dikejutkan dengan maklumat yang diberi apabila dia menunjukkan kad pengenalan (i/c)malaysia kpd kami.
lantas aku bertanya bagaimana dia memperolehi i/c tersebut. i/c itu dikeluarkan/diberi oleh seorang yg bergelar dato' hanya untuk mengundi bn dlm pru-11 semasa dia bekerja di kuala brang, terengganu. kami difahamkan terdapat 16000 org yg dpt i/c sptnya ketika itu.. (malah, angka itu mungkin byk lagi..)
jelas sudah, memang bn menggunakan warga asing untuk pastikan mereka menang.