Misi sulit Muhammad Shafee Abdullah ke Paris untuk menyelamatkan Najib dan Rosmah?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menjelaskan tujuan menggunakan peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bagi tugasan "sulit" di luar negara seperti didakwa, kata PKR.
Setiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution yang membuat dakwaan itu semalam berkata, penjelasan itu mesti diberikan kerana ia melibatkan kepentingan awam ekoran dakwaan Muhammad Shafee dilantik oleh kerajaan.
Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga mempersoalkan kenapa Muhammad Shafee itu mesti dilantik sedangkan kerajaan sudah mempunyai Jabatan Peguam Negara.
Semalam, Muhammad didakwa dilantik oleh perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April.
Dalam satu surat bertarikh 23 Mac, beliau dikatakan memohon kepada ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya - dengan salinan kepada Najib dan Rosmah - supaya semua kesnya antara tarikh itu dikosongkan.
Sebahagian kandungan surat itu didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 semalam.
-malaysiakini-
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment