Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 5, 2012

INNALILLAH ! MALAYSIA SELAMAT ATAU KASIM SELAMAT?

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali menyahut panggilannNya.Semoga Allah mencucuri rahmat pada Allahyarhamah Sareah dan anugerah kesabaran dan keimanan pada waris dan ahli keluarganya yang masih hidup.
Baru minngu lepas TPM Tan sri Muhyiddin mendakwa Malaysia adalah negara terselamat di Asia? ke 19 di dunia? Ye ke?

Mungkin kes di negara kita kurang dari mereka kut?

ALOR GAJAH - Bekas Ketua Wanita UMNO cawangan Solok Limau Nipis, ditemui mati dalam keadaan hidung berdarah di kediamannya di Batu 24, Kampung Ramuan Cina Kecil, Lubok Cina, Masjid Tanah, dekat sini, pagi semalam. Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata Sareah Abd Rahman, 78, ditemui seorang anak lelakinya, Abd Ghafar Daud, ketika berkunjung ke situ jam 8 pagi.

(Gambar) Cucu mangsa, Azniza Abd Latif (kanan) tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat Sareah (gambar kecil) di Alor Gajah, semalam.

Katanya, polis belum dapat mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan.

“Mayat wanita ini ditemui dalam keadaan terbaring atas katil di bilik tengah rumahnya dengan muka ditutup kain selimut dan bantal. Pemeriksaan lanjut mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan luaran.

“Siasatan awal polis setakat ini mendapati tiada kesan pecah masuk di rumah itu, manakala barangan berharga termasuk wang tunai juga tidak hilang.

Berdasarkan soal siasat, kali terakhir dia dilihat pada jam 3.30 petang kelmarin,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Sareah yang juga saudara kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latipah Omar menjadi Ketua Wanita UMNO cawangan Solok Limau Nipis pada awal 1980-an dan bersara daripada politik sejak lebih 15 tahun lalu.

No comments: