Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 6, 2012

INILAH PENJELASAN YANG BUAT UMNO PENANG MERENG

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Rabu, 4hb April 2012:

Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang akan mendedahkan UMNO Pulau Pinang sebagai parti rasis

Kerajaan PR Pulau Pinang akan mendedahkan UMNO Pulau Pinang sebagai parti rasis yang jelas tidak menghiraukan undi bukan Islam dalam pilihan raya umum yang akan datang, dengan hanya mempersoalkan kehilangan tanah masjid dan bukan tanah bukan Islam dalam projek Bayan Mutiara. UMNO Pulau Pinang telah menyalakan api kebencian agama terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam dengan menyebarkan fitnah bahaya bahawa saya telah menjual atau melenyapkan tanah masjid dan sekolah dengan penjualan tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara melalui tender terbuka kepada Ivory Property Group Bhd (Ivory).

Apabila tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara dijual melalui tender terbuka, geran tanah tidak dipecah sempadan tetapi dijual secara menyeluruh. BN tidak membuat apa-apa pemecahan sempadan ke atas geran tanah semasa mereka berkuasa. Ivory akan membuat pecah sempadan hanya selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP dan Pejabat Tanah untuk kelulusan. Pelan baru dan pemecahan sempadan geran tanah belum lagi diserahkan oleh Ivory kepada pihak-pihak berkuasa, maka bagaimana UMNO boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan?

UMNO harus berasa malu jika mereka betul-betul tidak tahu mengenai syarat-syarat pihak berkuasa tempatan di mana setiap projek diwajibkan untuk memperuntukkan tanah untuk kemudahan-kemudahan awam seperti masjid, jalan, taman, perumahan kos sederhana rendah, sekolah dan tempat-tempat beribadat bukan Islam. Syarat-syarat ini adalah biasa bagi semua pihak berkuasa tempatan di seluruh Malaysia. Mengikut logik sesat UMNO, jika tanah masjid telah dilenyapkan akibat penjualan tanah kepada Ivory walaupun Ivory belum lagi menyerahkan pelan baru kepada MPPP, maka tanah untuk tempat-tempat beribadat bukan Islam juga telah dilenyapkan.

Jika begitu, kenapakah UMNO tidak menggembar-gemburkan "kehilangan" tanah untuk tempat-tempat beribadat bukan Islam tetapi hanya menekankan tanah masjid? Adakah rakyat bukan Islam tidak penting untuk UMNO atau tidak berhak kepada tanah untuk tempat beribadat mereka? Kerajaan Negeri PR akan menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan UMNO, terutamanya kawasan parlimen Nibong Tebal, untuk memaklumkan pengundi bukan Islam bahawa UMNO tidak ragu-ragu untuk membiarkan kehilangan tanah bukan Islam.

Adalah jelas bahawa UMNO telah mengambil pendekatan rasis dan bahaya yang mengapi-apikan permusuhan antara kaum dan agama melalui fitnah-fitnah terdesak untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Kerajaan Negeri PR akan menjelaskan kepada rakyat bahawa tuduhan-tuduhan ini adalah fitnah semata-mata, dan UMNO tidak memerlukan undi bukan Islam dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Kutuk Keengganan Utusan Malaysia Dan Berita Harian Untuk Menyiarkan Penafian Kerajaan Negeri Dan Ivory Dan Saya Akan Mengambil Tindakan Mahkamah Terhadap Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Utusan Malaysia Dan Berita Harian Atas Fitnah-Fitnah Mereka.

Utusan Malaysia dan Berita Harian dikutuk kuat kerana keengganan mereka untuk menyiarkan penafian Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang dan juga Timbalan Pengerusi Ivory Datuk Seri Nazir Ariff atas isu ini. Kerana keengganan mereka, saya tidak mempunyai pilihan lain melainkan untuk menyaman kedua-dua suratkhabar itu serta Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin atas fitnah mereka bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid.

Saya telah cuba untuk sabar apabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah bahawa saya telah menjual tanah masjid.

Sebelum itu, Shaik Hussein dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain telah menyerang saya dengan fitnah bahawa saya tidak menjual tanah 102.6 ekar melalui tender terbuka. Beliau telah meneruskan fitnah itu walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak pemaju telah kemukakan bukti bahawa tanah tersebuat telah dijual secara tender terbuka.

Kemudian, Shaik telah terus memfitnah dengan menuduh bahawa saya menyatakan tidak perlu sokongan kaum India. Apabila fitnahnya dibuktikan salah, Shaik bukan sahaja enggan memohon maaf seperti yang dijanjikan tetapi beralih kepada fitnah lain bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid. Fitnah kali ini sangat bahaya kerana ia menyentuh sentimen agama dan bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Islam terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam.

UMNO hanya boleh mengatakan bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan jika pelan baru oleh pemaju telah diluluskan oleh MPPP tanpa ada tanah masjid, sekolah atau tanah untuk bukan Islam. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegang kepada prinsip asas untuk TIDAK membenarkan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atau Buddhist untuk hilang begitu sahaja. Ini akan menjadi jelas dalam mahkamah apabila tindakan saman fitnah diambil.

No comments: