Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 26, 2012

DBKL & BN LUPA PAKATAN RAKYAT TAK PERNAH RAMPAS WILAYAH MACAM BN RAMPAS PERAK!

Raja Nong Cik Menteri Wilayah dan keldainya DBKL dan BN khasnya tak tau malu berlagak dengan kuasa yang diperolehi dari rakyat untuk melanyak rakyat.Mereka (BN) ingat rakyat tak tahu mbahawa Dataran Merdeka adalah dalam Wilayah Persekutuan namun dari segi demokrasi selepas PRU12 sewajarnya Pakatan Rakyat yang memerintah kerana dari 10 parlimen BN menang 2 saja(jika tidak silap pihak teman).Pakatan Rakyat tak sibuk rampas macam BN rampa Perak.
DBKL rampas baju Bersih 3.0 di Dataran Merdeka
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melakukan gangguan apabila merampas baju Bersih 3.0 yang dijual di Dataran Merdeka, awal pagi ini.

Tindakan bersifat provokasi itu dilakukan sekumpulan penguat kuasa DBKL kira-kira jam 1.45 pagi ini.

“DBKL mula lakukan provokasi. Rampas baju Bersih 3.0 yg dijual di Dataran Merdeka.

“Gunakan undang-undang sesuka hati. Rampas hak rakyat sesuka hati. Dataran Merdeka jadi Dataran Penjajah!” tulis twitter rasmi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), awal pagi ini.

“Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya?” tulis Presiden SMM, Mohd Safwan Anang pula.

Sebelum ini, KEADILAN percaya ada arahan dari pemimpin Umno BN supaya DBKL bertindak keras bagi menggagalkan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini.

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kerajaan cuba lepas tangan dalam isu Bersih 3.0 dan memindahkan beban itu kepada DBKL yang menerima tekanan supaya menggagalkan acara Duduk Bantah tu.

“Kita tahu tindakan DBKL dan polis di bawah arahan kerajaan BN,” katanya kepada Keadilan Daily ketika diminta mengulas gelagat keras DBKL kebelakangan ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29506

5 comments:

Anonymous said...

fulamak...bila BN rampas perak tak adil...tapi bila Pakatan umumkan nak ambil alih kerajaan sebab ada majoriti ..PAS tak kisah pulak...ADIL pulak...FUHHH dasattttt undang2 duniawi kalian nie yek...apa saja bhgn anda memang halal...org lain salah dan haram...hebat2...fuh sokong org lepak kat dataran lelaki perempuan bercampur...fuh dasat anda nie mmg berfikir ikut kepentingan sendiri...kesiannnnnn..otak tahap tadika ...pada mahasiswa/wi silalah bayar hutang ptpn mana ada free...nabi muhammad s.a.w pun suruh bercucuk tanam guna tangan sendiri bukan menadah tangan ..tolong lah jgn buat lawak dian beramboi dan silalah belajar di universiti anda itu...org lain keje bersusah payah bayar income tax..tak de masa aku nak sponsor student bodoh mcm korang

Anonymous said...

Hutang PTPTN ada pemimpin/pentadbir dan ada kederat/wang untuk bayar dan kita mampu.
kalau pelajar atau rakyat kau(BN/UMNO) sibuk nak tuntut, kalau kepala UMNO songlap sampau berjuta contoh keluarga UMNO NFC RM250 juta kau tak sibuk nak tuntut.
kalau pelajar mereka belajar dan pulangannya ialah kita dapat rakyat yang berilmu dan kerajaan wajib beri ilmu dan kembali membantu negara samada dalam kerajaan atau swasta ..Ngok..UMNgok!

Anonymous said...

kalau nak cerita tentang songlap, PAS, DAP n PKR pun buat benda yang sama.

malah satu dunia pun buat benda yang sama. so anon kat atas ur argument is not valid.

kalau PTPTN free, student tak nak baca buku la jawabnya.

bukan student melayu je, cina india or any bangsa termasuk org putih pun will take things for granted if the service is free.

so come on la bro..

Anonymous said...

bagilah contoh yg PR songlap !
Tengok MAS dah BN memerintagh 60 tahun boleh rugi terkini 2.5 bilion.dan hampir ditelan AIRASIA baru 3 tahun operasi dgn tambang murah lagi.
PKFZ rugi ? bilion?
PERWAJA berapa bilion? tak terkira banyak nya rugi yg UMNO tak tuntut.belum lg projek baru siap runtuh , jambatan runtuh hingga parlimen bocor, mahkamah bocor dan tambah kos bina istana dan ......

zul_neem said...

assalamualaikum

dengan rendah hati,lagi baik dan pemurah, pulau batu putih yang berada dinegeri kubu dan fix deposit UMNO yakni Johor dengan mudah diserahkan kepada negara jiran kita yakni singapura kononnya dengan alasan kalah ditimbangtara mahkamah antara bangsa.dengan lembut bahasa dan budipekerti yang tinggi dengan mudah memberi zon minyak dan gas yang berhampiran sabah kepada negara jiran kita yakni berunai.Sedangkan kedua-dua tempat ini adalah asset negara tak ternilai harganya dan lambang maruah negara tanahair dan darah tumpahku yang sangat kucintai hilang bagitu sahaja dan berputihlah mata bagi rakyat umumnya.Tetapi bila rakyat khususnya kaum pelajar yang terdiri majority anak-anak melayu memohon kerajaan pimpinan UNITED MALAY NATIONAL ORGANIZATION(Umno)meminta belas kasihan untuk memansuhkan PTPTN dan melangsaikan hutang-hutang mereka telah dilayan dengan kata-kata dari bau busuk yang keluar dari mulut dan perut mereka(pimpinan UMNO).Podah n maluaun UMNO cakap tak serupa bikin.betul kata perpatah melayu lama "kera dihutan disusui,anak dirumah mati kelaparan.