Anwar: Kekuatan raksasa untuk Bersih 3.0
SHAH ALAM 8 April: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan untuk turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka bagi menyatakan bantahan terhadap penipuan sistem pilihan raya, 28 April ini.
“Saya ulang, kali ini himpunan Bersih pada 28 haribulan, biar ada kekuatan raksasa di kalangan rakyat. Hentikan penipuan ini. Cukuplah!,” kata Anwar pada program ‘Rapat Rakyat Sempena 25 Tahun Pas Shah Alam’, di Stadium Melawati, semalam.
Dalam ucapan di hadapan kira-kira 1500 penyokong Pakatan Rakyat itu, Anwar berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga kini gagal membersihkan daftar pemilih, termasuk pengundi meragukan.
Ia termasuk pertindihan nombor kad pengenalan, kewujudan lebih 100 pengundi pada satu alamat dan pengundi yang telah mati tidak dikeluarkan dalam daftar pemilih.
Perkara itu katanya menunjukkan kerajaan tidak berniat untuk menjalankan pilihan raya secara telus dan adil.
“Termasuk di Permatang Pauh pun, ada 123 nama (pengundi meragukan). Sampai begitu sekali. Inilah penipunya mereka,” kata Anwar.
Malah katanya, laporan minoriti yang dikemukakan wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi menambahbaik pilihan raya, juga ditolak.
“Sebab laporan (eseluruhan) PSC tidak menjelaskan secara terperinci. Macam mana nak adakan pilihan? Nak cakap, tak boleh. Nak bantah, tak boleh,” kata Ahli ParlimenPermatang Pauh itu.
Beliau memberikan contoh kira-kira 40,000 nama pengundi meragukan tidak dibersihkan SPR, sepertimana didedahkan oleh Mimos Bhd yang membuat semakan audit.
Dalam pada itu, Anwar mengarahkan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat, bersiap sedia mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa.
“Jangan pandang ringan. Dalam konteks pilihan raya di Malaysia, undi 51 peratus kepada kita belum boleh dikira menang.
“Kerja, usaha dan ikhtiar mesti dilebihkan. Tanggungjawab kita bukan sekadar pertahankan Selangor, tetapi menjadikan Selangor sebagai kubu menuju Putrajaya,” katanya
Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah, hari
ini berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sekiranya kedua-dua pertubuhan badan bukan kerajaan itu berkongsi matlamat yang sama.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li menegaskan, Amanah tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergabung dengan Bersih asalkan ada keinginan untuk bekerjasama antara kedua-dua belah pihak.
“Atas benda-benda yang boleh difikirkan untuk perjuangan bersama, kita boleh bergabung dengan mereka (Bersih).
“Amanah akan bergabung dengan mereka yang ada keinginan untuk bekerjasama,” katanya yang tidak menolak untuk menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih anjuran Bersih yang dijadualkan 28 April ini di Dataran Merdeka.
“Selagi perkara itu selari dengan objektif kami, Amanah akan sertai,” katanya lagi ketika sidang media selepas perasmian Hari Keluarga Amanah Selangor di sini.
Menurut veteran Umno itu, Amanah yang kini mempunyai sekitar 450 ahli di Selangor juga akan bekerjasama dengan NGO lain dan mencari persetujuan bagi mendapat perhatian kerajaan untuk membela nasib rakyat.
“Amanah akan bekerjasama dengan mana-mana NGO, termasuk orang ramai, demi mendapatkan perhatian kerajaan serta menyumbang kepada kebaikan masyarakat yang selama ini terbiar dan tidak dipandang,” tegasnya.
Jelas Ku Li, ketika ucapannya sebelum itu, NGO adalah penentu dasar kerajaan memerintah bagi menentukan corak kehidupan rakyat, sama seperti diamalkan di negara maju seperti Amerika Syarikat.
“Melalui penubuhan NGO, kerajaan akan dapat mendengar segala tuntutan rakyat di peringkat akar umbi.
“Dengan itu kerajaan dapat mengemukakan dasar-dasar baru yang memberikan kesan kepada rakyat,” katanya lagi.- TMI
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment