Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, March 29, 2012

TABUNG HAJI JADI PELAN B ?

Komen : Teman harap sama-sama kita dapatkan penjelasan adakah Tabung Haji akan dijadikan kambing hitam pelan B untuk menggantikan sumber wang untuk PRU13 sekiranya usaha mengapungkan FELDA tidak berjaya?

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memohon penjelasan kerajaan berhubung dakwaan bahawa Tabung Haji akan menjual ladang kelapa sawitnya seluas 83,000 hektar di Riau, Indonesia.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, langkah tersebut dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan menimbulkan kecurigaan.

"Tindakan ini mencurigakan kerana tidak ada penjelasan daripada Tabung Haji dan Jabatan Perdana Menteri kenapa aset yang begitu berharga dijual dalam keadaan terdesak," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Menurut Husam, penjualan ladang tersebut akan menjejaskan caruman pencarum Tabung Haji yang majoriti terdiri daripada orang Islam.

Ketika ini, ladang tersebut memberikan pulangan sejumlah RM3juta sehari kepada Tabung Haji.

"Kami difahamkan langkah penjualan ini dibuat secara tergesa-gesa kepada satu syarikat yang dimiliki Tan Sri Robert Kuok," katanya yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau juga tidak menolak langkah ini diambil setelah usaha menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia tergendala.

"Kami berpandangan ini langkah terdesak BN untuk cash out aset-aset yang dimiliki oleh agensi atau perbadanan melibatkan kepentingan negara dan orang ramai.

"Dan ini mungkin langkah kedua setelah langkah mereka dalam penyenaraian FGVH tergendala," katanya.
“Perkara ini perlu didedahkan kerana ia melibatkan kepentingan penyimpan Tabung Haji termasuk kita yang ada membuat simpanan ataupun keluarga kita yang telah menjadi ahli.

memetik kandungan emel yang diterima itu berbunyi :

Maklumat yang baru diterima: Tabung Haji telah bersetuju menjual aset mereka iaitu ladang kelapa sawit seluas 83,000 hektar di riau, Indonesia dengan harga USD900 juta kepada PT Borneo. Pohon minta mana2 YB untuk membangkitkan perkara ini di parlimen kerana melibatkan urusniaga yang melebihi dari RM2 bilion.

1 comment:

ajib said...

bukan setakat jual plantation je, projek membenarkan pencarum epf booking haji pun bole jd plan C, lg byk duit dlm tabung aji lg byk pak aji ngan mak hajah bole songlap. tu belum kira plan nak satukan duit bantuan oku ke dlm satu dana. 1mesia lingkop