DS Najib sebagai PM kantoi bila membatalkan SBPA (skim gaji yang ditunggu oleh kakitangan dan badan kerajaan terutama bukan yang lurus tapi turus dan jusa.
Kantoi dari segi perancangan dan kertaskerja Kementerian yang dibuat membuang kasa dan tiada kualiti sehingga dibatalkan.
Teman setuju betul jika Skim SSM dari segi istiqamah tetap SSM bukan setiap kali bertukar PM nak buat skim lain. Perbaiki atau tambah baik sudah memadai. Ini bila berlaku kepincangan mulalah guna kambing hitam seperti tubuh pemantau lah tubuh suruhanjayalah.Contoh bangang BN bila LPKP ditukar SPAD. Ini agensi kerajaan , tak perlulah tukar bila walau bertukar menteri.
Sebenarnya teman tahu yang sebenarnya PM takut pembaikian SBPA akan menerlukan kewangan yang banyak dan kerajaan pun tiada cukup duit sekarang dan sebab itu beliau batalkan. Inilah tektik baru drastik DS Najib yang korang kena hati-hati dan perlu tektik pemati.
Mengumumkan pembatalan SBPA dan kenaikan 13 % gaji kebanyakan kakitangan kerajaan disyaki ada kaitan dengan umpan pilihanraya.
Tunggakan gaji akan dibayar pada bulan April, maknanya kakitangan kerajaan akan mendapat pendapatan lumayan yang pasti mengembirakan mereka.
Jadi, pilihanraya sesuai di adakan selepas kakitangan kerajaan mendapat gaji dan tunggakan gaji pada bulan April.
Pemilihan UMNO peringkat Bahagian akan bermula Jun, biasanya pemilihan UMNO peringkat Bahagian akan menyebabkan perpecahan dalaman UMNO.
Justeru itu, bagi mengelakkan suasana tidak selesa kepada UMNO, parlimen akan dibubarkan sebelum pemilihan UMNO peringkat Bahagian bermula.
Bilakah tarikhnya Najib dijangka membubar parlimen? Semasa berlangsung Sidang Parlimen, mungkin di awal sidang. SPR akan ambil masa seminggu untuk umum tarikh penamaan calon.
Biasanya, penamaan calon berlaku dua minggu dari tarikh bubar parlimen. Tarikh pilihanraya pula dua minggu selepas penamaan calon.
Maknanya, tarikh pilihanraya berlaku hanya beberapa hari selepas kakitangan kerajaan mendapat gaji dan tunggakan.
Mengapa Najib perlu undi kakitangan kerajaan ? kerana undi orang Melayu luar bandar seperti orang kampung, orang Felda akan berpihak kepada UMNO/BN. Hanya undi kakitangan kerajaan sahaja tidak dapat dijangka.
Maka dengan gaji dan tunggakan gaji ini, Najib berharap mereka akan memberi undi terima kasih kepada UMNO/ BN.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
Mahunya diasak Najib dan BN, hingga Parlimen terbubar dengan sendiri.
Post a Comment