Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, March 28, 2012

PERIKSA REPOT KAD !

Pilih yang TERBAIK (22/3/12)

Walaupun tarikhnya belum diketahui tetapi ternyata semua pihak yang berkepentingan sedang memberi sepenuh tumpuan kepada Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangka tidak berapa lama lagi. BN sibuk melancarkan projek demi projek dan program demi program, begitu juga tidak ketinggalan pihak PR melalui kerajaan negeri-negeri yang ia kuasai.

Rakyat para pengundi masing-masing asyik menyaksikan gelagat orang-orang politik ini kerana akhirnya nanti mereka, yakni rakyatlah yang akan menentukan segala-galanya, melalui peti undi.

Saya tertarik melihat bunting yang tertera gambar MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim disepanjang jalan di Subang Jaya yang siap dengan ungkapan “Terima kasih di atas kepercayaan anda” beserta tandatangan Tan Sri. Bagi saya bunting ini mengambarkan betapa ikhlasnya Tan Sri Khalid dan kesungguhan beliau mahu diberikan satu penggal lagi mentadbir Selangor.

Apa pun sekarang ini adalah masanya bagi rakyat meneliti dan mengamati kad laporan atau “report card” wakil rakyat masing-masing. Tak kiralah dari BN atau PR.

Di Selangor contohnya saya perhatikan ada dikalangan ADUN PR yang memiliki rekod kerja yang baik dan pasti mereka ini telah berjaya menambat hati rakyat sepanjang sepenggal mereka berkhidmat. Kesungguhan dan keikhlasan kerja yang tidak kenal penah-lelah pasti akan mendapat habuan dalam bentuk sokongan berterusan dari rakyat.

Antara ADUN yang saya kenal yang jatuh dalam kategori ini termasuklah Gan Pei Nie, Iskandar Abd Samad, Lau Weng San, Dr Ahmad Yunus, Nik Nadzmi dan Hannah Yeoh.

Ada juga yang barangkali tidak mencapai “standard” yang diharapkan, yang ini perlu diberi perhatian.

Jelasnya rakyat dewasa ini tidak perlukan wakil yang sekadar retorik, penuh dengan janji dan kata kosong. Yang “gas bag” contohnya eloklah dirihatkan. Wakil yang tidak diplomatik, wakil yang tidak berjiwa rakyat, tidak pandai mengambil hati rakyat termasuklah kakitangan awam.

Rata-rata parti-parti politik akan sibuk “menjual” calon masing-masing dalam PRU ini. Calon yang laris sudah pastilah yang berkualiti, bersih, berakhlak, penuh dengan nilai dan ciri kepimpinan. Mudah-mudahan yang paling baik antara yang baik-baik akan dipilih dan terpilih.

1 comment:

Hanisham Ab Halim said...

Setuju. Mane yang tak bagus kita ketepikan Ini bukan zaman dulu-dulu. Pandai cakap boleh jadi pemimpin. Zaman skang ni sape yg berjiwa rakyat, kerja bagus, kebajikan rakyat terjaga maka dialah pemimpin yang kita cari....

Tuan, kalo ke KKB bolehlah kita mengetea. Nanti email no tuan ke email saya ni hanisham79@gmail.com