Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, March 13, 2012

ANAK JATI DAH SEDAR DIRI BILA PROJEK TAHUNAN RUGI

KUALA TERENGGANU – Kenyataan Menteri Belia dan Sukan (KBS) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkenaan Piala Monsun mengesahkan dakwaan pemimpin PAS selama bahawa penganjuran sukan itu tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias razak berkata, telah lama isu ini dibangkitkan oleh PAS dan beliau sendiri pernah mengusulkan supaya kerajaan membatalkan saja penganjuran sukan tersebut.

“Telah lama isu (Piala Monsun) ini dibangkitkan oleh PAS dan kita (saya pernah) minta kerajaan batalkan saja (penganjuran) piala ini kerana ia tidak menguntungkan rakyat mahupun kerajaan negeri,”ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya kerajaan telah menghabiskan lebih RM300 juta duit rakyat untuk pembinaan prasarana bagi menganjurkan sukan tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus menegaskan setiap tahun, selama tujuh tahun, kerajaan menghabiskan RM4 juta setiap hari bagi piala monsun yang berlangsung selama 5 hari.

“pembinaan prasarana saja melibatkan lebih RM300 juta duit negeri dan setiap tahun RM20 juta untuk acara selama 5 hari atau bernilai RM4 juta sehari,

“wang rakyat dibazirkan semata mata untuk memuaskan nafsu pemimpin Umno tanpa mengira manfaatnya untuk rakyat,”jelasnya.

Selaku ADUN Bukit Tunggal dimana lokasi Piala Monsun diadakan, beliau kesal kerana tempoh tujuh tahun adalah begitu lama, rakyat ditipu dengan pelbagai janji manis kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

Beliau turut kesal, selaku seorang rakyat dan anak jati Terengganu, Shabery membiarkan penganjuran sukan yang jelas merugikan ratusan juta wang kerajaan Terengganu.

“konon nya untuk beri peluang pekerjaan kepada rakyat tapi hakikatnya hanya lah peluang untuk pemimpin Umno sapu duit rakyat (duit minyak rakyat terengganu),

“bila dicadangkan ianya diserahkan kpd KBS, baru lah menteri buat kenyataan yang piala ini tidak menguntungkan setelah sekian lama duit rakyat terengganu di bazirkan dan disapu oleh mereka,”katanya.

Pada 11 Mac, 2012, sebuah akhbar tempatan telah menyiarkan laporan yang memetik Shabery berkata, sudah tujuh tahun dianjurkan, perlumbaan kapal layar Piala Monsun dianggap gagal apabila tidak memberi pulangan pelaburan setimpal dengan suntikan dana besar kerajaan setiap tahun.

Shabery turut mendedahkan kerajaan membelanjakan RM20 juta setiap tahun bagi penganjuran Piala Monsun dan jumlah itu adalah perbelanjaan terbesar dalam penganjuran bagi satu acara sukan.

No comments: