Rafizi keluarkan sikit-sikit.. inilah cara paling berkesan bagi mengajar kebiadapan dan ketamakan mereka(pemimpin BN/UMNO) membelasah wang rakyat..
Dengan dukacita rakyat Malaysia wajar cadangkan Dato'(sic) Mohd Ismail, Pengerusi NFC jadilah manusia bertanggungjawab malah sebagai ketua keluarga mesti berani buat .. berani tanggung...
Dan kalau benar nak selamatkan keluarga beliau kena rendah diri pada Allah , solat istiharah dan hajat serta menangis agar dan jumpa Rafizi the NFC trouble shooter dan jika boleh menangis sepenuh hati, mencium kakinya(cuba elakkan)
Dan sambil teresak-esak Beliau (Dato Mohd Ismail) moleknya berkata 'saya yg bersalah.. jangan siksa saya dan keluarga saya lagi..saya ada senarai menteri kabinet yg melakukan kesalahan serupa tapi kenapa saya saja yg kena.Kalau boleh isteri kamu si Shahrizat buat benda yang sama dan kena ada rasa insaf untuk berubah.
Dengan kegagalan kerajaan bertindak terhadap syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NCFC) yang didakwa terbabit dengan penyelewengan dana RM250 juta, PKR hari ini mendedahkan bahawa syarikat berkenaan memiliki sebuah pasaraya mewah di Singapura.
Pengendali pasar raya itu yang berdaftar di Singapura, Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dimiliki bersama oleh suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - Datuk Mohd Salleh Ismail - bersama dua anak mereka, Wan Shahinur Izran, dan Wan Izzana Fatimah Zabedah.
Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Farmhouse memeterai perjanjian dengan pusat peruncitan mewah yang dinamakan Star Vista, untuk menjadi penyewa utama pusat membeli-belah itu dengan menyewa 28 unit di tingkat dua.
Rafizi juga telah mengunjungi tapak pusat membeli-belah yang masih dalam pembinaan di lokasi utama berhampiran Universiti Teknologi Nanyang di Singapura.
Semakan dengan Suruhanjaya Persaingan, kata Rafizi mendedahkan bahawa sewa di lokasi utama itu adalah sekitar harga SGD350 hingga SGD500 bagi setiap meter persegi.
Justeru, katanya ini bermakna sewa bulanan bagi kira-kira 3,000 meter persegi yang disewa di pusat membeli-belah yang disewa dari Farmhouse adalah sekitar SGD900,000 atau RM2.2 juta.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment