Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, February 4, 2012

SEORANG DOKTOR AKUI BN TIDAK MAMPU !

UMNO/BN tak mampu tawan Selangor kecuali...

Dr Mohd Khir Toyo meramalkan peluang BN untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum ke 13 adalah 50-50.

Bekas menteri besar Selangor itu mendakwa pengundi bukan Melayu belum kembali kepada BN ekoran komponen penting gabungan itu- Umno lebih cenderung untuk mendapatkan pengundi Melayu sahaja.

"Program turun padang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya untuk mendapatkan semula pengundi Melayu.

Di Selangor yang buat program ialah Umno tetapi MCA dan MIC tidak buat. Akibatnya, pengundi bukan Melayu belum kembali menyokong BN."

"Saya juga nampak perkauman masih berlaku kerana ketiga-tiga parti itu membuat program berdasarkan kaum. Kalau program Umno, orang Umno berucap, orang Umno hadir. Kalau MCA buat untuk MCA, begitu juga MIC," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam.

Beliau berkata, BN tidak boleh menang jika mengharapkan pengundi Melayu sahaja kerana 52 peratus jumlah pengundi Selangor adalah bukan Melayu.

Dr Khir berkata, beliau telah membuat perkara yang sama seperti dalam pilihan raya umum 2008 dan keputusannya pengundi bukan Melayu menolak BN.

"Ini kesilapan pada 2008. Umno membuat program tetapi komponen BN tidak melakukan seperti yang kita (Umno) buat. Hasilnya orang Melayu mengundi kita tetapi orang Cina dan India mengundi Pakatan Rakyat," katanya.

Dr Khir merujuk kepada pelbagai program turun padang yang dibuat oleh Najib dan Muhyiddin untuk merampas semula Selangor setiap bulan di negeri itu.

Adun Sungai Panjang itu berkata, program Najib dan Muhyiddin itu itu hanya menarik sokongan pengundi veteran iaitu yang berumur 50 tahun dan ke atas.

Katanya, ini tidak memberi faedah kerana pengundi berusia sudah membuat pilihan parti mana yang mahu dipilihnya.

"Kena buat untuk kumpulan umur 21 hingga 30 tahun kerana golongan ini tidak ada apa-apa keputusan tentang politik. Mereka mungkin telah mendaftar tetapi belum tentu keluar mengundi atau tidak daftar."

"Kena buat program dengan cepat dari sekarang kerana sudah berada di pusingan akhir sebelum pilihan raya," tambahnya.

3 comments:

Anonymous said...

Secara jujur saya tidak yakin dengan Cina Islam yang berada dalam parti politik yg di dominasikan oleh orang Melayu, samada UMNO atau PAS.

Saya sanjung tinggi jika sekiranya seorang Cina Islam berada dalam DAP, MCA, GERAKAN atau lain2 parti yg didominasikan oleh orang yg sebangsa dgn nya.

Kenapa?
Kerana saya berharap Cina yg tulin keislamannya dapat menarik minat orang Cina lain memeluk ugama Islam.

Saya sangsi orang Cina yg kununnya Islam yang berada dalam kelompok Melayu akan memecahbelahkan .

Pandangan ikhlas dari saya
(kacukan Melayu-Cina-Turki)

Saniman said...

Islam adalah satu.. apa masalahnya dengan bangsa.. Letakan Islam sebagai cara hidup semua bangsa akan selamat..

Yong said...

Jangan asyik dok kira bangsa je. Terus terang, ramai juga ader kacukan Cina. Adekah ini bermakna kemer tak setia kepada negara?