Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, February 22, 2012

OTAI PAKAR KEWANGAN PUN KATA PENYENARAIAN FGVH MERBAHAYA !

PENYENARAIAN FGVH BAHAYA KEPADA PENEROKA – KU LI

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat usaha kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia sesuatu yang bahaya kepada masa depan peneroka.

Ahli Parlimen Gua Musang itu yang ditemui Harakahdaily semalam berkata, beliau diberitahu banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.

Apabila terdedah di pasaran terbuka katanya, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu.

Ianya akan menyebabkan peneroka bakal berdepan resiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.

"Kalau harga melonjak naik, pemegang saham nak rasa keuntungan, sudah tentu dia akan jual (kepada pihak lain)... bodoh la kalau tak jual untuk ambik kesempatan keuntungan.

"Akhirnya tanah yang kita miliki dahulu sudah hilang kerana orang lain sudah memiliki saham yang mempunyai hak ke atas tanah milik kita dahulu. Itu suatu yang bahaya!," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li.

Difahamkan, menurut pelan penyenaraian yang dijadual Mei ini, sebanyak 360,000 hektar tanah Felda Palantation dipajak kepada FGVH selama 99 tahun.

Selain kebimbangan hilang hak milik tanah, turut difahamkan Felda juga dijangka akan mengalami defisit tahunan sebanyak RM1.5 bilion apabila menyerahkan tanah kepada FGVH.

Malah, mengulas lanjut, Ku Li yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, jika nasib mereka tidak baik, peneroka mungkin akan diusir dari tanah yang mereka diami dan usahakan selama ini.

"Ini mati hidup peneroka ke atas tanah yang mereka telah usahakan selama ini. Kalau tanah itu dijual oleh kerana saham dijual, maka kita tak ada lagi hubungan dengan tanah itu malah tak ada hak pun nak duduk di situ.

"Saya tak tahu kerajaan ada cara lain untuk menjamin hak peneroka supaya kekal, tetapi saya tak nampak," katanya yang juga presiden NGO Amanah.
Durian runtuh: Peneroka diminta IC dan geran tanah
Posted by Tun_Telanai

3 comments:

Anonymous said...

bukan sekadar peneroka hilang haknya, tetapi juga seluruh negara akan dijajah semula oleh kuasa asing...

itulah yg dimahukan oleh Umno/APCO untuk menjual aset2 dlm negara kpd kuasa asing, asalkan mereka (Umno/BN) dapat menikmati laba yg lumayan tetapi peneroka khususnya dan rakyat amnya menanggung bala yg maha dahsyat...

buat sesuatu dari sekarang... Asalkan Bukan UMNO..!!

Umaru said...

Masalahnya PENEROKA 2 tak faham mengenai PASARAN TERBUKA.

Mereka tak diberitahu tentang akan kehilangan aset mereka bila saham2 mereka di beli oleh orang luar.

Siapa mahu mahu mengeluarkan duit tanpa keuntungan.

Inilah masanya pemodal2 luar di pasaran terbuka utk memiliki aset2 peneroka. Bukan senang utk memiliki aset2 ini.

Harap PENEROKA2 sedar.
Keuntungan yang mereka akan kecapi hana bersifat sementara. Dalam masa yang sama segala aset2 mereka tergadai dgn pembelian saham2 mereka oleh orang luar.

captain said...

salam,

Kalau bagi puakx ini memerintah lagi..Malaysia pun depa gadai nanti. Jom tukar Kerajaan pada PRU13 nanti.

wslm.