Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, February 3, 2012

KEZALIMAN TERPENDAM, MANGSANYA IBU TUNGGAL



KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal yang hidup merempat dan mengemis bagi menghabiskan sisa-sisa kehidupan, mungkin mencatat rekod tersendiri apabila menjadikan tidak kurang 30 masjid di Lembah Klang sebagai tempat berkelana.


Mahu dikenali sebagai Fazilah, 59, bekas kakitangan awam itu berkata, dia memilih jalan hidup sedemikian selepas kematian suami pada 2009 dengan tinggal di masjid dan mengharapkan belas ihsan jemaah yang singgah menunaikan solat untuk mendapatkan sesuap nasi.

“Seperti orang lain, saya juga ingin memiliki rumah sendiri, tapi dengan keadaan sekarang jika ditakdirkan saya meninggal dunia di masjid, saya reda,” katanya ketika ditemui di Masjid Al Bukhari, di sini.

Fazilah berkata, dia tidak mempunyai penyelesaian lain untuk mendapatkan wang bagi menyara hidupnya bersama seorang anak lelakinya berusia 34 tahun yang lembam dan tergolong dalam kategori orang kelainan upaya (OKU).

Menceritakan keperitan hidupnya, Fazilah berkata, semuanya bermula pada 2002 selepas rumah setinggan yang diduduki keluarganya di Kampung Bukit Botak, dekat sini, dirobohkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk projek pembangunan.

N'N: Disitulah jawapannya, "semuanya bermula pada 2002 selepas rumah setinggan yang diduduki keluarganya di Kampung Bukit Botak, dekat sini, dirobohkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk projek pembangunan".......2002 siapa yang berkuasa semasa itu? Jika kejadian ini berlaku selepas PR mengambil tampuk pentadbiran sudah tentu cerita ini dijaja setiap hari dimedia2 pencacai.........

No comments: