Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, February 17, 2012

KES NAIYA PENERIMA BANTUAN , JPN DUNGU ?

Pelik JPN atau Jabatan Pendaftaran Negara tiada cara atau tanda atau kod bagi membezakan penduduk lahir pada 1996 dengan tahun 1896. Yang membina
Penjelasan JPN mengenai isu umur 115 disangka 15 tahun
Jumaat, 17 Februari 2012
diterbitkan oleh PBO™ pada: 07:07

KANGAR - Bukan 15, tetapi 115 tahun. Itulah usia sebenar warga emas Puan binti Ahmad, yang bacaan tarikh lahir pada MyKadnya menggambarkan beliau dilahirkan pada 12 April 1996.

Hakikatnya, pemilik MyKad bernombor 960412-02-0058* itu dilahirkan pada 1896 dan disahkan sebagai penduduk paling tua di Perlis berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menjelaskan perkara itu kepada media di sini hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata nombor yang tertera pada MyKad warga emas berkenaan adalah berasaskan rekod sebenar JPN.

Disebabkan beliau lahir pada 1896, maka nombor pada MyKadnya juga bermula dengan 96 seperti kesemua pemegang MyKad yang lahir pada 1996, kata Md Isa yang mengunjungi warga emas itu hari ini.

Katanya beliau mendapatkan penjelasan itu daripada JPN selepas mendapat tahu mengenai Puan yang menghadapi pelbagai masalah ekoran kekeliruan nombor MyKad tersebut, termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Susulan itu juga kata Md Isa, warga emas berkenaan telah disenaraikan sebagai penerima BR1M pada Sabtu ini.

Puan yang menetap di Kuala Sanglang mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, dilapor bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-16 pada 12 April ini ekoran kekeliruan pada MyKad miliknya itu. - Bernama

No comments: