Langkah Datuk Zaid Ibrahim mahu membubarkan parti KITA pimpinannya mendapat sambutan hangat para pimpinan Pakatan Rakyat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan ini satu yang bijak untuk melahirkan Malaysia yang bersatu dan adil.
PAS pula melalui Naib Presidennya, Salahudin Ayub berkata, ia bakal mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat.
Zaid dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, KITA akan dibubarkan.
Beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa bagi membincangkan cadangan agar KITA dibubarkan.
KITA dilancarkan secara rasminya pada 19 Januari 2011 oleh Datuk Zaid di Kuala Lumpur.
Zaid menganggap kes ini sebagai “jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan.”
"Bagi saya, tindakan Datuk Zaid itu sangat membantu Pakatan Rakyat.
"Dengan tindakan ini, ia akan membolehkan Pakatan bergerak tanpa gangguan lagi di tengah jalan," kata Salahudin Ayub kepada Harakahdaily
Posted by indah.com
UMNO pula lagi teruk, yang UMNO sekarang ialah UMNO(BARU) bukan UMNO dulu. UMNO dulu dah lama mati.Generasi muda UMNO tak tahu atau dungu bila tidak mengetahui bahawa parti mereka(UMNO) sebenarnya ialah parti yang telah terkubur. Yang ada sekarang ialah UMNO hantu yang telah bangkit dari kubur bila UMNO(BARU) senyap-senyap dijadikan UMNO, tanpa (BARU) tapi rakyat dah bau.
http://pulakdah.blogspot.com/2010/05/umno-baru-tidak-boleh-tipu-sejarah.html
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment