Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, January 13, 2012
TERDESAK SEORANG PM UMUM SKIM CEPAT KAYA YANG HALAL?
Komen : Astagfirullah ! BN melalui pengerusinya serta merangkap Perdana Menteri Malaysia dah rujuk kepada mufti ke? Of course dah rujuk Bank Negara dan Bank Negara kata ok? Boleh kah labur rm5000 lepas sebulan dapat terus bulanan rm130 selama 10 tahun?
Kalau lihat pada komen di http://www.malaysiakini.com/news/186464 rakyat dan pembaca akan dapat baca pendapat dan komen dari peminat Malaysiakini tentang majoriti tak nak skim ini, yang mereka nak harga barang dikawal agar murah dan berpatutan, bebaskan dari bayaran tol dan jaga harga tambang bas, teksi ,harga minyak masak dan minyak petrol agar sesuai dengan kuasa Malaysia sebagai pengeluar minyak masak dunia dan pengeluar minyak petrol yang berkualiti.
Najib lancar SARA 1Malaysia, permohonan dibuka 30 Jan
Bernama
7:47PM Jan 12, 2012
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah, akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Januari.
Najib berkata skim khusus untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.
Katanya ia merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten.
"Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.
"Daripada pelaburan itu, kita jamin mereka akan menikmati pendapatan RM134 sebulan, manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan," katanya ketika melancarkan skim tersebut di ibu negara.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman serta menteri-menteri kabinet.
Dalam Belanjawan 2012, Najib mengumumkan skim tersebut bertujuan menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur serta membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.
Skim yang dikendalikan PNB dengan kerjasama institusi kewangan terpilih seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu dijangka memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah.
Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
Pelabur dijangka mendapat pulangan menarik di akhir tempoh lima tahun tersebut dengan memperoleh pendapatan kira-kira antara RM5,000 hingga RM13,000 termasuk pulangan daripada pelaburan dalam Amanah Saham 1Malaysia.
Najib berkata kerajaan telah melancarkan pelbagai produk di bawah slogan 1Malaysia yang bertujuan memberi manfaat kepada rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Program Perumahan 1Malaysia.
Beliau menarik perhatian bahawa pelancaran SARA 1Malaysia pula diterjemahkan sebagai produk yang membantu golongan rakyat berpendapatan rendah.
"Ini adalah usaha kerajaan untuk membela rakyat. Banyak produk yang telah kita lancarkan dalam tempoh kurang daripada tiga tahun, cuba bayangkan dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.
http://www.malaysiakini.com/news/186464
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ada cop halal tak kat sana..ramai nanti akan membuat pinjaman.... tak lama lagi banyaklah orang kaya di Malaysia ini. Ada pak haji pak haji nak tumpang...boleh buat belanja kat mekah nanti
ada dua benda saya perhatikan boleh membawa keterujaan kpd orang melayu.
1- cepat kaya tak payah bersusah payah.
2- ubat "kuat".
cuba anda perhatikan dua perkara tersebut respon dari orang melayu.
cerdik jugak kepala otak najib ni nak tipu orang melayu.
Inilah bukti kerajaan tak ada duit... konon2 bukan sikm amanah.
Kutip duit drp rakyat sehingga drp yang papa kedana apatahlagi pakcik macik felda pun disuruh pinjam bagi pada kerajaan. Konon2nya skim saham. Tapi sebenarnya untuk jadi peluang pada kerajaan untuk guna duit (pinjam) tu untuk bayar RM500 projek BR1M.
Patut le tak pinjam drp bank dunia, tapi pinjam pada rakyat sendiri.
Tipah tertipu lagi..
***AIDONO***
heheheh cam tak cukup lagi jer dana untuk pru13 tu
Post a Comment