Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Sunday, January 15, 2012
SIAPA YANG JALANKAN TUGAS ! KITA KENA FIKIR
"Tersebut lah alkisah seorang pemandu bas...
Pada satu hari diarah oleh pihak Pengurusan Syarikat untuk bawa satu rombongan ke Putra Jaya, tanpa berlengah dan membantah.. pemandu tersebut menjalankan tugasnya..
Pada hari yang dijanjikan bawalah pemandu bas akan rombongan tersebut ke destinasi yang di tuju dan diarahkan nya iaitu menuju Putra Jaya.., rombongan di kepali oleh ketua rombongan... rombongan terdiri dari pelbagai kaum.. melayu, Cina dan India...
Setelah sekian lama perjalanan, maka masuklah waktu Zohor... Pemadu tanpa melengah! terus menuju ke masjid untuk menunaikan tanggungjawab nya sebagai seorang muslim untuk tunaikan solat zohor..
Pemandu:- Sekarang dah masuk waktu zohor, bagi yang muslim marilah kita sama-sama tunaikan solat..
Ketua rombongan tak puas hati, katanya:-
Ketua rombongan:- engkau jangan pandai2 nak arah dan tunjuk pandai... dalam bas ni siapa yang ketua? Engkau atau aku? Yang engkau pandai2 berhentikan bas ni dan keluar arahan.. atas arahan siapa?
Pemandu Menjawap:- Tunaikan tanggung jawab Encik?..
Kata Ketua Rombongan:- Kenapa engkau pandai2 keluarkan arahan?.. yang Ketua dalam rombongan adalah aku.. bukannya engkau! Kau tu pemandu! Buat kerja pemandu..
Pemandu tanpa menghirau amarah ketua rombongan terus mengerjakan solat..
Setelah selesai solat! Ketua rombongan beri amaran, sekiranya pemandu tidak mengikut arahan dan melakukan perkara yang sama beliau akan mengadu kepada pihak pengurusan Syarikat!
Perjalanan di teruskan... dalam perjalanan ada ahli rombongan bercerita akan keindahan Putra Jaya.. (Maklumlah kali pertama nak menjejaki kaki ke Putra Jaya)..ada sebilangan lagi di ulik mimpi..
Setelah sekian lama memandu.. masuklah waktu asar.. Pemadu macam ruitn nya tanpa rasa takut akan amaran ketua rombongan terus memberhentikan perjalanan untuk menunaikan solat asar..
Kata Pemandu:- bagi yang muslim! Sekarang dah masuk waktu asar.. boleh kita semua solat..
Kata Ketua rombongan dengan muka merah padam;- kamu ni.. tak habis2 buat masalah..
Tanpa berlengah..ketua rombongan menelefon pihak pengurusan Syarikat dan mengadu akan perihal tersebut..
Pemadu tanpa mempedulikan nya terus menjalankan kewajipannya..
Ke esok kan hari ... Pemandu di panggil oleh Pihak Pengurusan Syarikat Bas dan menerima sepucuk surat..
Dengan hati berdebar-debar Pemandu membuka surat tersebut.. surat tersebut mengatakan; “ANDA DIBERHENTIKAN SERTA MERTA.. KERANA TIDAK MENJALANKAN TUGAS SEPERTI YANG SEPATUTNYA...”
Mesej... Siapa yang silap?
Pemandu...
Ketua Rombongan...
Ahli Rombongan...
Syarikat... Sama2.. Fikir2 kan lah..."
Oleh: pejuang08
Kalau pendapat teman kedua2 ada silap. Pemandu kena tahu solat jamak atau jamak kasar kalau jarak tempat itu lebih 50 batu atau 90 kilometer. Kalau jarak dekat memang dari segi Islam rasanya betul tindakannya.
Manakala Majikannya jika seorang Islam memang kena bijaksana kalau tidak ...tanggunglah dosanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment