Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, January 10, 2012
PAKATAN RAKYAT SUDAH BUKTIKAN TETAPI BN TIDAK CUKUP BUKTI?
FAKTA UTAMA BUKTI PADA RAKYAT SETELAH DIMOMOKAN BAHAWA DSAI PELIWAT DAN DEMONSTRASI MERUGIKAN DAN MENYUSAHKAN RAKYAT.
1. RAKYAT DAPAT SAKSIKAN DEMONSTRASI 901 MENDAPAT RESTU POLIS DAN TANPA SEKATAN JALANRAYA JALAN TIDAK SESAK DAN TIADA RUSUHAN ATAU GERAI/KEDAI KERUGIAN.
2. RAKYAT DAPAT LIHAT PENDAKWAAN DSAI SEWAJARNYA TIDAK WUJUD JIKA TIADA CUKUP BUKTI.
3. RAKYAT DAPAT LIHAT PENDAKWAAN DSAI ADALAH SALAH SATU KONPIRASI YANG TIDAK DAPAT DISANGKAL, AKHBAR UM HARI INI 10 JAN MENYATAKAN TIDAK CUKUP BUKTI PENDAKWAAN. INI BERMAKNA PERBICARAAN TERSEBUT HANYA MEMBUANG MASA , PEGUAMBELA DSAI TELAH NYATAKAN DAN BUKTIKAN SEBELUM PERBICARAAN LAGI TENTANG TIDAK PERLUNYA PENDAKWAAAN JIKA TIADA BUKTI.
Keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan sebentar tadi memberi kesan yang amat besar terhadap masa depan Pakatan Rakyat membabitkan kesedaran rakyat berhubung budaya jijik musuh-musuh politik beliau.
Membebaskan Anwar dari hukuman penjara juga memberikan persepsi bahawa segala konspirasi untuk menfitnah dan mengaibkan beliau selama ini telah gagal.
Keputusan tersebut sekali gus menunjukkan Anwar adalah seorang yang bersih. Manakala pelbagai deretan konspirasi untuk mengaibkan beliau selama ini adalah rekaan yang sengaja direkacipta oleh musuh-musuh politik Anwar.
Di mata rakyat pula, pembebasan Anwar akan memperjelaskan lagi bahawa Anwar tidak bersalah. Di masa yang sama rakyat akan mengutuk pelbagai 'adegan' samaada pertuduhan yang disabitkan dengan Saiful Bukhari Azlan atau filem prono yang dikaitkan dengan 'skuad' trio Datuk 'T' sebelum ini.
Kesimpulannya, Pembebasan bukan hanya sekadar kemenangan besar terhadap personaliti Anwar sahaja malah kepimpinan serta parti yang beliau wakili turut mendapat kemenangan saikologi.
Atau dalam lain perkataan, seluruh rakyat akan percaya bahawa segala tindak tanduk selama ini adalah perancangan yang sengaja di atur oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk mengenakan Anwar.
Secara terus, keputusan pembebasan Anwar mengheret pencemaran yang lebih kronik kepada musuh-musuh politik beliau yang terdiri dari pemimpin-pemimpin Umno/BN.
Daya tahan pemimpin ulung mengharungi pembicaraan selama 87 hari sejak 2008 merupakan suatu tempoh yang amat lama dan memenatkan bukan sahaja dari kudrat tenaganya tetapi lebih perit kepada tekanan mental mereka yang cuba disabitkan kesalahan lebih-lebih lagi umur DSAI sudah lebih 60 tahun.
Inilah realiti yang telah di lalui oleh Anwar. Konspirasi fitnah 1 yang ditempuh ketika era Dr Mahathir dan disambung pula ketika era Najib telah memberi pengalaman dan kekentalan yang bukan sedikit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Jadi air mani yg ada DNA sdr Nuar tu buat dari susu F&N ke? Ulas ikut fakta, bukan buat kesimpulan umum mcm tau tau cerita. Allah Akbar. Wallahualam.
Berlaku di Pulau Pinang dan Perak ekarang makam china komunis yang mati dalam pemberontakan menentang kerajaan telah dinaik taraf oleh DAP menjadi makam pahlawan.
Post a Comment