Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, January 10, 2012

NAMWEE MEMBUJUR , ADAM MELINTANG SAPA YANG PATAH ?

Kenyataan media oleh Steven Sim Chee Keong in Bukit Mertajam pada hari Isnin, 9hb Januari 2012: Hukuman ke atas Adam Adli: UPSI belot tradisi kritis Ibrahim Yacoob dan Pendeta Za'ba Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang mengecam tindakan pentadbiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggantung pengajian Adam Adli Abdul Halim selama tiga (3) semester. Justifikasi pihak universiti dalam mengambil tindakan tersebut ialah bahawa tindakan Adam Adli menurunkan bendera berimejkan portret Perdana Menteri menjatuhkan nama baik universiti dan mengancam keamanan dan moral awam. Alasan tersebut bukan sahaja tidak benar dan menindas malah bersifat kolot. Di masa dunia mengakui peranan "Si Pemprotes" sebagai pemacu pembaharuan sosial seperti di negara-negara Timur Tengah dan Afrika di mana orang awam yang rata-ratanya anak muda seperti Adam Adli telah melumpuh dan menumpaskan rejim-rejim kuku besi di negara mereka. Hanya rejim kuku besi sahaja yang akan takut dan mengambil pendekatan menghukum terhadap tindakan protes aman seperti yang dilakukan oleh Adam Adli dan rakan-rakan. Tindakan pihak universiti menghukum Adam Adli sebenarnya telah mencemar nama baik institusi pengajian tinggi yang tertua di Malaysia tersebut, dengan para alumninya seperti Ibrahim Yacoob dan Pendeta Za'ba yang begitu lantang mengemukakan kritikan terhadap kezaliman dan kepincangan semasa, termasuk terhadap pihak pemerintah. DAPSY Pulau Pinang berpendapat keberanian Adam Adli serta kumpulan mahasiswa yang menentang undang-undang tidak adil seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) adalah amat tepuji. Justeru, DAPSY Pulau Pinang menyeru agar pihak universiti menarik balik keputusan tersebut dan membebaskan institusi pendidikan negara daripada cengkaman politik partisan yang sempit dan hanya berpihak kepada pemerintah tanpa kritis. * Steven Sim Chee Keong, Bendahari DAPSY Pulau Pinang & Ahli Majlis MPSP
Anggaplah mereka-mereka ini Mahasiswa nakal yang bijak tapi perlu di kawal cara baik. Cho So Lek pun tahu mengendalikan pelajar agresif macam Namwee . Adam juga spesis macam Namwee yang perlu diselamatkan. Nah ! sekarang Namwee yang tidak dihukum walaupun ramai UMNO marah pada beliau kini dah jadi jutawan bila filemnya meletup di panggung. Takder pun di gantung semester macam Adam. Kalau begini cara UMNO melayan Adam memang UMNO derhaka kepada perjuangan orang Melayu. Walaupun teman bukan setuju memperjuangkan Melayu cuma nak bagi orang Melayu buka mata jangan tertipu pada pemimpin politik UMNO yang mentekedarah wang rakyat , bila disedari rakyat barulah citer pasal ketuanan Melayu, Hak Melayu dan Perpaduan dan Islam.

No comments: