Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, January 17, 2012

MANUSIA YANG TERKENAL DENGAN KATA-KATA "TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA" SEBENARNYA TIDAK WUJUD?

Nampaknya selepas Mat Sabu memberi sanjungan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan kini dah terbalik kot pada seorang Profesor merangkap ahli sejarah Malaysia yang kini memberitahu melalui radio BFM bahawa Hang Tuah sebenarnya tidak wujud. Hancur UMNO. PETALING JAYA: Menurut sejarah, Puteri Hang Li Po dari China adalah isteri kelima kepada Sultan Melaka Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456-1477. Dalam tempoh itu juga terdapat legenda terkenal lima pahlawan bersaudara kepada Sultan, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Ia adalah sebuah kisah persahabatan dan kesetiaan, di mana setiap rakyat Malaysia telah mendengarnya. Walau bagaimanapun, ahli sejarah yang terkenal Prof Khoo Kay Kim telah memberitahu stesen radio BFM pagi ini bahawa Hang Li Po dan lima pahlawan-pahlawan tersebut tidak pernah wujud. Bercakap kepada FMT kemudiannya, beliau menjelaskan: "Dinasti Ming di China pada abad ke-16 tidak mempunyai sebarang rekod tentang mereka. Rekod ini adalah rekod yang dipelihara dengan sangat baik." Canselor kepada Kolej KDU ini juga berkata beliau telah membaca penulisa dua ahli sejarah Barat dan satu lagi sejarah terkemuka Wang Gung Wu berkaitan rekod Ming yang tidak ada menyebut mana-mana watak tersebut. "Sejarah mestilah berdasarkan rekod empirik. Ahli-ahli sejarah hanya perlu menerima rekod yang bertulis," katanya, sambil menambah bahawa rekod empirik yang boleh didapati di sini adalah lebih kepada "skanky ". "Tidak ada bukti dalam rekod-rekod di Malaysia," katanya. "Ini adalah sekadar cerita-cerita. Sejarah awal Malaysia adalah berdasarkan cerita." "Kita mempunyai banyak cerita. Hanya baru-baru ini pengkaji sejarah telah bersusah payah untuk membuat penyelidikan berkaitan tempoh awal sejarah Malaysia. Banyak cerita-cerita yang diterima sebelum ini tidak dapat dibuktikan," katanya. Khoo juga memberitahu FMT bahawa terdapat khabar angin bahawa kerajaan Melaka telah diasaskan pada tahun 1292 walaupun terdapat rekod-rekod yang membuktikan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-15. Beliau menambah bahawa kerajaan telah mengarahkan jawatankuasa sukatan pelajaran melalui sukatan pelajaran sejarah sekolah untuk membetulkan kesilapan-kesilapan tersebut. Sukatan pelajaran ini, kata Khoo, akan diperkenalkan pada tahun 2014.

4 comments:

Yong said...

Yong tak percaya dengan profesor kangkung nih. Kot takde wira Melayu dulu2 dengan siapa orang Melayu belajor silat? Dengan rimau?

Anonymous said...

Kenapa kena belajar silat, kena ada Hang Tuah,Hang Lekir, Hang Jebat, dll? Sebab dia cakap begitu (dgn berdasarkan fakta) dia kena jadi Profesor Kangkung?

JAKA said...

kay kim dh buat kajian menyeluruh ke senang2 nk nafi 5 bersaudara itu?

kay kim sudah begitu mahir ke meneroka alam melayu yg penuh mistik?

tidak ada sesiapa taksub pada hang tuah tetapi jgn semudah2 menafi sejarah atau pun mitos tanpa kajian zahir dan batin.

org melayu sudah ada islam, sudah ada Rasul saw dan para sahabat utk dijadikan idola. hang tuah hanya sejarah penyata identiti bangsa rumpun melayu yg islam.

apa kata kay kim buat rombongan tp jgn ramai sangat pergi ke gunung ledang utk mencari tanda2 sejarah puteri gunung ledang.

kalau jumpa tanyalah mengenai hang tuah.

kalau hang tuah dinafiikan, apakah kay kim juga boleh nafi laksamana cheng ho??

Anonymous said...

Kan dah ada tercatat kewujudan Hang Tuah lima bersaudara dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Jgn nak merapu x tentu pasal.