Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, January 12, 2012

LYNAS DAH PANAS , BN PAHANG RIMAS

Panas: Mangsa Cynide Di Bukit Koman Meninggal Dunia Semalam, Kerajaan Perlu Batalkan Lynas !! KUANTAN, 11 Jan - Kerajaan digesa membatalkan segera operasi projek kilang memproses Rare Earth milik syarikat Australia, Lynas Corporation yang dibantah rakyat sekarang ini. Ia berikutan, seorang penduduk yang berjuang bermati-matian untuk membantah sebuah lagi syarikat Australia yang membawa projek berisiko ke negeri ini meninggal dunia malam semalam. Mustapa Hussin (foto) yang menderita sakit kritikal akibat kesan penggunaan racun Cynide di lombong emas Lombong Emas Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) meninggal dunia selepas sekian lama menderita. Kerajaan perlu sedar, rakyat tidak mahu berhadapan lagi dengan risiko seperti yang dialami oleh para penduduk Bukit Koman selama ini. Biar pun berbagai alasan yang diberikan termasuk tindakan Lynas menyiarkan iklan setiap hari di media arus perdana untuk mempertahan kilang terbabit, namun rakyat sebenarnya lebih mengetahui risiko radiasi yang dihadapi oleh mereka. Kerajaan sepatutnya mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Bukit Koman yang menimbulkan masalah kesihatan terhadap penduduk sekarang ini. Malah, kedua-dua syarikat berkenaan adalah dari negara yang sama iaitu Australia. Tentangan rakyat terhadap kilang yang boleh mendatang risiko ada kewajarannya jika dibandingkan dengan industri lain. Memang benar, ada pihak yang mempertikaikan kenapa rakyat tidak menentang kilang kimia yang banyak terdapat di Kawasan Perindustrian Gebeng. Namun, mereka juga perlu faham bahawa Lynas akan memproses "rare earth" yang diakui seantero dunia akan mengeluarkan radiasi atas pembuangan sisa-sisanya. Jika kita lihat penggunaan racun sianida (Cynide) di Lombong Emas Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) sebelum ini maka ternyata senarionya hampir sama. Tentangan rakyat dijawab dengan alasan mudah oleh kerajaan untuk mengiyakan apa yang telah mereka lakukan. Namun, hakikatnya projek berisiko wajib ditentang demi anak cucu dan generasi kita pada masa yang akan datang hendaknya. ihsan Pahangdaily

No comments: