Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, January 9, 2012

LINTAS LANGSUNG &PENYOKONG YANG MEMBAWA UNTUNG

LAPORAN LANGSUNG 7.30am: Jumlah penyokong di luar mahkamah semakin ramai. Dianggarkan sekitar dua ribu yang hadir. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mula tiba. 7.19am: Dua buah kenderaan van polis mengambil tempat di ruang parkir Masjid Wilayah Persekutuan yang mulai dipenuhi kenderaan. Van ambulans turut mengambil tempat di dalam kawasan masjid. 7.12 am: Di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat PERKASA dan sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang menyampaikan kuliah subuh. Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira 30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh. 7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di bawa masuk ke tempat berhimpun. Orang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk. 7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS. - Malaysiakini
Ihsan dari blogger PASPB dan Lagiberita

No comments: