Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, January 18, 2012

LEGENDA MAT INDERA FAKTA, HANG TUAH LEGENDA BUTA? ORANG MELAKA TAK MARAH KA?

, 2012

Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuan dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.

upm student suhakam memo 211107 khoo kay kimBagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo (kanan) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

"Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

"Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.

3 comments:

Anonymous said...

Aku tak kisah dan taksub pun Hang Tuah lima bersaudara tu. Sebab tu aku tak marah bila Hang Tuah gilakan Nestle Kit-Kat.

Cuma yang aku pelik, kenapa nak mengesahkan Hang Tuah lima bersaudara tu, perlu dilihat dokumen Kerajaan Ming? Ini ibarat mencari perkataan Melaka di dalam Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat.

Kalau tiada Hang Tuah yang hadir ke Melaka, cuba cari siapa pembesar Melaka yang berkunjung China. Mungkin salah seorang dari mereka adalah orang dimaksudkan.

Sebab di dalam sejarah Kedah, Hang Tuah dikenali sebagai Narai, anak seorang raja Kedah, pernah berkhidmat di beberapa tempat sebelum dilantik menjadi pemerintah Acheh.

Anonymous said...

BAHAYA CINE NI..PENDAPAT SY JE..
KNPE BARU SKRG ADE SEMAKAN SEMULA?
NAK UJUDKAN BANGSA MALAYSIA KE?
SIKIT SIKIT SEJARAH ORG MELAYU DI MANSUHKAN..LAME2 NANTI DH X UJUD TANAH MELAYU PULAK..
AKHIRNYE XDELAH ASAL USUL BUMI MALAYSIA NI ASALNYE ORG MELAYU YANG PUNYA..
AGENDANYE....UJUDLAH BANGSA MALAYSIA..HAK SAMA RATA..TIADA LG QUOTA ORG MELAYU DAN BUMIPUTERA..
FIKIR2...BAHAYA CINA SORG NI DIJADIKAN TOKOH DAN PENGKAJI SEJARAH MALAYSIA

Anonymous said...

Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winsdtedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.