Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, January 16, 2012
KETAKUTAN DS NAJIB ANTARA HASUTAN DENGAN PECUTAN ?
PM berria-ria minta rakyat sokong penyenaraian FELDA dan harap rakyat akan percaya dapat durian runtuh selepas itui.
Kenapa PM atau DS Najib takut sangat rakyat tidak percaya Projek penyenaraian FELDA di bursa akan cipta durian runtuh?
Adakah BN terdesak nak cepat dapat wang untuk pilihanraya?
Kenapa proses tidak gunakan masa yang patut untuk penyenaraian? Adakan Pakatan rakyat telah melakukan pecutan terhadap penampilan PAS dalam kemelut ini.
Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta peneroka FELDA supaya jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang kononnya cadangan kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan merugikan peneroka tanah rancangan itu.
Perdana Menteri berkata, peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa penyenaraian itu akan merugikan mereka.
"Jangan bimbang kerana ia tidak merugikan tetapi memberi keuntungan besar kepada penduduk FELDA.
"Itu semua hasutan dan mainan politik... mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan dapat sambutan masyarakat FELDA," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang di FELDA Chini Timur di Pekan, hari ini.
Najib berkata, sebaliknya penyenaraian FGVH adalah satu lagi bukti bahawa kerajaan sentiasa membela kebajikan peneroka FELDA selain pemberian pelbagai bonus dan insentif lain seperti duit raya, pinjaman membesarkan rumah dan sebagainya.
Beliau mengulangi jaminan bahawa semua peneroka FELDA di seluruh negara bakal menikmati durian runtuh selepas penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia pada pertengahan tahun ini.
"Seperti yang saya cakap dalam Bajet 2012 lalu, peneroka FELDA akan mendapat durian runtuh.
"Saya akan umumkan banyak mana seorang dapat hasil daripada penyenaraian itu pada masa sesuai dan ia mungkin melebihi RM500," katanya.
Dalam pada itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut berkongsi dua petua dalam membentuk dan memajukan sesebuah pertubuhan atau kelab kebajikan sekaligus menampilkan imejnya di mata masyarakat.
Katanya, sesebuah pertubuhan itu mesti memiliki seorang ketua atau pemimpin yang mempunyai hati yang ikhlas, jujur, berdedikasi dan tidak mementingkan diri.
"Ramuan kedua yang perlu ada ialah ahli kelab juga perlu mempunyai sifat sebagaimana ketua mereka selain berdisiplin, komited, setia pada pemimpin dan matlamat kelab," katanya.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
mcm mana pengerusi felda yg jelas disalahkan kerana rasuah semasa pemilihan pimpinan umno tu, nak diamanahkan menjaga felda..mcm seekor serigala disuruh jagakan sekandang kambing..
Post a Comment