Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, January 3, 2012
KESAN 'ABU' PADA UMNO PEKAN & KELANTAN TERUS BENTAN !
Alhamdulillah demi kesucian dan keadilan Islam , rakyat Pakatan Rakyat dan penyokong dan yang baru buka mata harus bersyukur kerana hasil kempen ABU (Asal Bukan UMNO) telah memberi kesan atau impak yang amat mendalam dan berkesan terhadap hati nurani orang-orang UMNO yang dibukakan hati oleh Allah agar kembali ke jalan yang benar.
Bekas orang kanan Najib sertai DAP
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dan veteran Umno Pahang, Aspan Alias sah menyertai DAP.
Penyertaan Ariff Sabri ke dalam DAP adalah satu tamparan besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana Ariff Sabri adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004.
Beliau kagum dengan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat kerana cara kerja mereka yang fokus dan sentiasa berfikir – jauh berbeza dengan orang-orang Umno, kata Ariff seperti dilaporkan FreeMalaysiaToday.
Bercakap lanjut, Ariff yang juga seorang kolumnis di FMT berkata DAP kini ‘lebih relevan’ buat orang Melayu berbanding Umno.
“Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas,” kata Ariff.
http://gigitankerengga.blogspot.com/2012/01/bekas-orang-kanan-najib-sertai-dap.html
Terpikat dengan PAS
KOTA BHARU, 2 Jan: Hanya kerana ingin ‘menjerat’ Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam laman tertutup facebook Umno-tumPAS, akhirnya aktivis dan penyokong Umno, Wan Musa Wan Ahmad yang tumpas dan seterusnya menyertai PAS.
Bekas Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Batu Empat, Jalan Kuala Krai itu petang tadi menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PAS bersama 20 orang yang lain kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
http://paspb2.blogspot.com/2012/01/terpikat-dengan-akhlak-pemimpin-pas.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment