Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, January 6, 2012

BILA DR PAKAR TIDAK BERUSRAH, HILANG ISTIQAMAH, HILANG MARUAH

Jika benar apa yang dipaparkan di dalam media TV BN tentang ayat yang keluar dari Dr Hasan Ali PAKAR MOTIVASI itu maka kita boleh katakan inilah bahana orang yang tidak berusrah. Lebih-lebih lagi beliau seorang doktor dan pakar motivasi mungkin merasa beliau dah terlalu hebat tanpa usrah. Patutlahlah banyak usrah Kawasan dan cawangan PAS di Selangor tidak cemerlang. Lebih-lebih lagi di Hulu Selangor. Beliau yang pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor sewajarnya menjadi contoh menghidupkan usrah di kalangan pemimpin dan di ikuti PAS Kawasan dan seterusnya Zon dan Cawangan. Teman secara peribadi boleh mengatakan Dr Hasan Ali mungkin telah berumur dan telah letih dan mudah kecewa lebih-lebih lagi peluang beliau untuk menjadi MB si Selangor telah musnah. Harus ketahanan diri beliau semasa susah dahulu sukar dipertahankan lagi. Dibandingkan dengan teman atau kita yang hanya menjadi ahli PAS jika ada masalah atau kemusykilan memang sukar mahu berjumpa atau berinteraksi dengan pemimpin seperti Tok Guru kerana kekangan kewangan , kenderaan dan masa untuk berjumpa mereka ini. Tetatpi pada Dr Hasan Ali semua ini dengan mudah beliau boleh berjumpa di PArlimen atau menghubungi pimpinan sesama ranking untuk meluahkan ketidakpuashati atau membuat usul. Kenapa nak tunggu Tok Guru Nik Aziz atau Presiden PAS panggil baru nak datang? Yang bermasalah adalah Dr Hasan. SHAH ALAM 5 Jan. - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menolak perhimpunan haram ”Bebaskan Anwar 901” pada 9 Januari ini dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda. Beliau berkata, ahli Pas tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan. "Jika semua pihak termasuk golongan pelajar dan muda turun pada hari itu ia akan memberikan implikasi tidak baik, lebih-lebih lagi apabila mereka sedang berdepan dengan peperiksaan akhir. "Saya tidak akan hadir dan saya nasihatkan anak-anak saya dan para mahasiswa khususnya supaya tidak hadir dan berikan tumpuan pada peperiksaan akhir supaya menjadi generasi pelapis yang lebih gemilang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Hasan berkata semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas. Hasan berkata perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah. - BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

apa tindakan jawatankuasa disiplin parti PAS terhadap Hassang Ali ni?bukan satu dua kes malaun ni buat...jangan rakyat sampai menyalahkan dan meluat dengan pemimpin PAS sebab tutup mata pada dia....

Mazwandi Mustaffa said...

Rileks tuan.

Tunggu dulu arahan dr pusat, samada turun atau tidak. KP pusat pun belum bg lampu, presiden pun belum.

Cuma YDP Shah Alam dah bg arahan dulu....

Anonymous said...

ahhhh... napa ada double standard? hasan ali bulih pulak p join HIMPUN yg terang2 PAS da bg tau ahli jgn p. masa tu ada dia peduli arahan ?

geng, kita da tau sistem kehakiman yg jahanam dlm negara. kita p sana nk menunjukkan kita xsokong sistem kehakiman yg carca marba. bukan semata2 nk sokong anuar. apa hasan ali tau? dia bukan kaki demo. org kaya yg x suka susah berhimpun d jalanan. kalo Pemimpin da xsuka budaya turun demo menentang kezaliman, kami peduli apa. kami anak muda akan sokong prog2 menzalami kezaliman mcm 901.

lg satu lu org PAS atau Pakatan yg perangai mcm UMNO ( hasan ali n the geng) , gua nk bg tau.. lu org jaga. . ABU- asal bukan UMNO dan menolak org2 perangai mcm UMNO. PRU ni lu org siap!!!!! awas lu org. suka sgt nk tabuh paku atas jalan time rakyat nk gulingkan UMNO ya.. awas lu org pru nanti..

Mazwandi Mustaffa said...

Silap cakap, bukan YDP Shah Alam, tapi KP Shah Alam.

Yg penakut bg nama tu, semangat yg hang tunjukkan adalah aset utk menjatuhkan BN. Baguih, kuatkan lagi istiqomah perjuangan kome.