Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, August 8, 2011

SEBELUM SELEPAS, AKHIRNYA 2 BULAN MELEPAS

SEBELUM :-

SELEPAS :=

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya. -Malaysiakini

KEMELUT 2 NAKHODA 1 KAPAL RUPANYA DAH SELESAI !


Bekas ketua pengarah JKR setuju sertai CIDB

PUTRAJAYA: Kemelut dua nakhoda di Jabatan Kerja Raya (JKR) selesai selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkompromi dengan menawarkan Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim, gred dan gaji lebih tinggi untuk dipinjamkan kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai Ketua Eksekutif, berkuat kuasa semalam.
Beliau yang sebelum ini Ketua Pengarah Kerja Raya dengan Gred Jusa A kini dinaikkan ke Gred Utama Turus II. Lazimnya, Ketua Eksekutif CIDB ditawarkan Gred Jusa A.

Berikutan kompromi itu, Judin mengesahkan beliau akan menarik balik saman yang difailkan terhadap kerajaan tiga minggu lalu.

Difahamkan gred yang ditawarkan itu juga lebih tinggi daripada beberapa Ketua Setiausaha (KSU) di beberapa kementerian termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Belia dan Sukan.

CIDB membuat tawaran itu menerusi surat kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bertarikh 22 Julai dan tempoh pinjaman bermula semalam sehingga tarikh akhir persaraan wajib Judin pada 16 Disember 2013.


Abu Bakar yang ditemui pada majlis menandatangani surat penerimaan oleh Judin di sini, semalam, berkata Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bersetuju meluluskan tawaran CIDB dengan gred itu kepada Judin.

“Tanggungjawab besar menanti beliau di CIDB dan kita yakin pengalamannya membolehkan beliau memikul tugas baru ini dengan baik dan berkesan,” katanya kepada Berita Harian pada majlis yang turut dihadiri Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman dan wakil lima kesatuan sekerja di bawah CUEPACS.

Kemelut jawatan Ketua Pengarah Kerja Raya timbul apabila Judin dipinjamkan ke CIDB dan tempatnya digantikan Timbalan Ketua Pengarah II, Datuk Mohd Noor Yaacob pada 1 Mei lalu. Bagaimanapun, beliau tidak mengosongkan pejabat, walaupun Mohd Noor sudah menjalankan tugas, sehingga menimbulkan kontroversi.

Difahamkan, pada masa itu, proses peminjaman bercanggah dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008, Bahagian II Perkara 4(a) untuk sektor awam. Pekeliling itu menetapkan peminjaman pegawai memerlukan persetujuan tiga pihak, iaitu peminjam (CIDB), pembekal (JKR) dan pegawai terbabit terlebih dulu, sebelum dikemukakan kepada JPA dan dirujuk kepada SPA yang kemudian mengemukakan cadangan serta mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

MAAF TUAN HAKIM , RAKYAT MELIHAT KITA


BALASAN MEREKA?
http://bbcatlover.blogspot.com/2011/02/wamakaruwamakarrallah-wallah-hu-khairun.html
BUAT U-TURN KEPUTUSAN?
http://blogterhot.blogspot.com/2011/03/kes-liwat-anwar-hakim-tukar-keputusan-3.html

Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil 15 saksi termasuk perdana menteri dan isterinya dengan syarat mereka bersetuju untuk ditemu bual.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata menjadi tanggungjawab pendakwa untuk menyediakan saksi kerana pembela ada hak untuk menemu bual mereka.

Bagaimanapun kata beliau, terpulang kepada saksi sama ada mereka bersetuju untuk ditemu bual sebelum dipanggil untuk memberi keterangan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan akan mengelak daripada ditemu bual dalam kes liwat kedua Anwar kecuali disepina oleh mahkamah.

Najib dan Rosmah bersama bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof merupakan empat saksi yang dilaporkan akan mengelak daripada muncul mahkamahh kecuali diarahkan oleh pihak mahkamah.-MI

SINAR 8811 MEMANG HEBAT ! RAKYAT MALAYSIA KENA PERAMBAT CEPAT !

Memang teman nak kempen rakyat Malaysia beli akhbar Sinar versi di Selangor 8-8-2011 atau 8811 hari ini. Versi di negeri lain tak tahulah sama isinya. Teman tak kira dan tak kisah kalau teman dikatakan talibarut akhbar Sinar.
Bacalah Sinar 8811 kerana ada penjelasan tentang isu panas kerajaan BN aka kes pendaftaran biometrik kunun tapi ada beribu Mykad Merah telah ditransformasikan terus jadi Mykad Biru serta terus ada pendaftaran untuk jadi pengundi berdaftar.

Kes atau isu ini diperjelas sehingga 4 muka.Pedulikan kes JAIS serbu Gereja , tumpukan kes Mykad dan Daftar Undi PR ini yang menggugat kedaulatan negara.
Di dalamnya ada Penjejakkan 'Mismah' dan Pembongkaran semasa buat semakan oleh Pemuda PAS.
JPN(Jabatan Pendaftaran Negara) belum dapat jawab isu PR kerana Ketua Pengarah , Datin Jariah Mohd Said sedang bercuti sakit.Datin Jariah sebelum ini pada 3 Ogos menafikan dakwaan Mismah menjadi warganegara dalam tempoh 4 jam.
Semua rakyat Malaysia perlu sensitif dengan isu yang hangat dan perlu diperhangatkan kerana melibatkan hak dan kedaulatan negara.