Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 20, 2011

UMNO CHERAS VS L.PANTAI BERGADUH, TUDUH MENUDUH MEMANG HUDUH !

UMNO CHERAS & UMNO L.PANTAI BERGADUH..... SAKSIKAN KEJADIAN MEMALUKAN INI............. 20 Dec, 2011 ihsan TukarTayarBaru
Umno Cheras hari ini menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberikan penjelasan berhubung dakwaan kehadiran dua pegawainya bersama kumpulan yang didakwa membuat kecoh di pejabat mereka. cheras umno deputy chief mahadi abdul shukorTimbalan ketua bahagian Datuk Mahadi Abdul Shukor (kiri) berkata, Shahrizat perlu bertanggungjawab terhadap kejadian pada 15 Disember yang didakwa cuba mencederakan ketua bahagian Datuk Syed Ali Alhabshee. "(Kami) melahirkan rasa dukacita dengan penglibatan secara langsung dua orang pegawai khas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut serta bersama mereka yang mendakwa kononnya sebagai NGO," kata Mahadi. Menurutnya, ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat khas bahagian dan kesemua sayapnya petang ini. Syed Ali pada 13 Disember lalu, Syed Ali mengingatkan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail supaya tidak membebankan Umno dengan tampil menjawab segala tuduhan pembangkang. Katanya: "Mengapa pula Umno, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita Umno, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian." Syed Ali bagaimanapun kemudiannya menjelaskan bahawa maksud sebenar "seperti memikul biawak hidup" ditujukan kepada isu NFC dan bukannya kepada peribadi Shahrizat atau pun keluarga beliau. Terpaksa hubungi polis Dalam kenyataannya petang ini, Mahadi berkata walaupun dikatakan mahu menyerahkan memorandum berhubung kenyataannya dan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), kumpulan itu didakwa membuat kecoh dan mengeluarkan kata-kata kesat. "Mereka juga tidak mahu mendengar langsung penjelasan Datuk Wira Syed Ali berhubung kenyataan beliau sebelum itu, malah fotokopi kenyataan akhbar dan blog umnobahagiancheras juga mereka koyak. azlan"Ketegangan mula berlaku apabila salah seorang daripada mereka mula bertindak kurang ajar dengan cuba mencederakan Datuk Wira Syed Ali tetapi dapat dihalang, bagaimanapun butang baju Datuk Wira Syed Ali telah tertanggal kerana ditarik oleh mereka yang tidak dikenali," dakwanya. Menceritakan semula kejadian pada hari itu, Mahadi berkata, insiden itu menjadi tidak terkawal sehingga memaksa kakitangan pejabat menghubungi pihak polis yang tiba tidak lama kemudian. Sementara itu, ketetapan lain yang dicapai dalam mesyuarat tergempar Umno Cheras bersama sayapnya hari ini ialah: (1) Bertegas dan mendesak pengurusan NFC supaya segala isu berbangkit diselesaikan secara telus demi memelihara kredibiliti perdana menteri, timbalannya, serta survival Umno menjelang pilihan raya ke-13. (2) Umno Cheras tetap menentang apa jua penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan amalan kronisme yang dibimbangi akan menghakis keyakinan rakyat dan dalam masa yang sama tetap memperjuangkan nasib rakyat, terutama diperingkat akar umbi. (3) Kesal dengan inisden tersebut yang dilihat seperti ada dalang yang merancang untuk melakukan kekecohan di pejabat Umno Cheras.

1 comment:

Anonymous said...

betul2 lembu punya pasal, manusia lembu sama sendiri pun bergaduh. kalu betul2 lembu tahu ini semua dah tentu ketawa sampai nak pecah perut krn manusia umno pun sama spt betul2 lembu.