Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, December 23, 2011

SIAPA SALAH , MUFTI GAGAL TUNJUK SURAT NIKAH ?

Mufti Perlis hadapi masalah daftar Kad Pengenalan anak Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mempertikaikan proses pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kuching yang didakwa menyusahkan pengguna dalam prosedur mendaftar kad pengenalan. NONEKatanya, beliau sendiri mengalami perkara itu ketika cuba mendaftarkan seorang anak perempuannya awal pagi ini di pejabat berkenaan di Wisma Persekutuan Sarawak, Kuching. Jelasnya, anak keduanya yang berusia 12 tahun itu telahpun mempunyai pasport dan surat beranak berstatus warganegara Malaysia berbangsa Melanau, namun dinyatakan sebaliknya dalam sistem JPN. Malah, beliau juga diminta untuk menyerahkan bukti perkahwinannya dengan isteri beliau, seorang warga Indonesia untuk pendaftaran berkenaan, katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. "Petugas kaunter kata ini prosedur baru tapi kenapa tidak dimaklumkan prosedur ini di papan kenyataan? "(Petugas kaunter) kata dalam ketetapan (prosedur standard) SOP dia, siapa kahwin warganegara asing kena bawa surat nikah. Tapi dalam panduan (kepada pengguna) tak disebut perkara itu. "Bila dia telefon bahagian surat beranak, dia kata tak ada salinan surat nikah," katanya. Katanya lagi, petugas berkenaan memberi alasan bahawa bahagian surat beranak jabatan itu tidak mempunyai salinan sijil perkahwinannya dengan isteri beliau. "Macam mana boleh berlaku sedangkan anak saya dah ada surat beranak, ada pasport tapi nak buat IC tak boleh?," soalnya. "Surat nikah itu ada, tapi pada prosedur dia tak sebut. Kalau ada keperluan dia kena maklumkan dan ada sebab kenapa. "Perkara ini menyusahkan orang yang datang jauh dari luar bandar dan tak ada maklumat, kena minta cuti dan sebagainya, dan ditambah lagi dengan kesesakan di kaunter," katanya lagi. Beliau turut mempertikaikan mengapa jabatan itu tidak dapat berkongsi maklumat daripada jabatan imigresen yang mengeluarkan pasport anaknya. "Kenapa tak boleh rangkaikan maklumat (antara jabatan) sedangkan semuanya guna sistem berkomputer?," soalnya lagi. Beliau menjangkakan akan berdepan masalah yang sama apabila mendaftarkan empat orang lagi anaknya untuk mendapatkan kad pengenalan, walau mereka telah mempunyai sijil kelahiran dan juga pasport warganegara Malaysia. "Pihak kerajaan sepatutnya permudahkanlah. Kita dah ada surat beranak dan kad pengenalan itu untuk memudahkan proses seterusnya. "Bukannya bila dah ada kad pengenalan, bermakna surat beranak dan pasport tak ada faedah lagi," tambahnya. Banyak Pengajaran dari peristiwa di atas :- 1. Karenah birokrasi atau prosidur berhati-hati? 2. Mufti Perlis menegur kenapa Sistem kerajaan tidak dirangkaikan atau bersepadu. 3. Perkara ini sebenarnya dah banyak berlaku dengan orang biasa cuma bila kena batang hidung orang besar atau terkenal atau VIP barulah terangkat punggung pegawai kerajaan yang bertugas.

2 comments:

budakboy said...

Salam. Penggubal dasar kerajaan memang tak pernah belajar dari kesilapan. Birokrasi tak perlu dan membuang masa serta tak bertamaddun sebegini perlu dibuang. Kununnya depa nakkan supporting documents utk mengesahkan sesuatu permohonan. Sebaliknya yg berlaku, RAKYAT DIDAHULUKAN UTK DISUSAHKAN.pengalaman aku sendiri nak tukar BAT C 10 ke Mykad. JPN suruh aku bawak surat beranak baru. Aku cakap dengan dia orang, tulisan penjawat awam pada tahun 1962 tak boleh pakai lagi ke..?? Terkedu depa..

PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 said...

mudahan semua dapat di perbetul dan diperbaiki dengan rakyat beri mandat 100% pada Pakatan Rakyat