Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, December 7, 2011

SETAPAK DEMI SETAPAK HINGGA BERTAPAK !

Setapak demi setapak PR semakin menghampiri Putra Jaya (Simbolik Pentadbiran Kerajaan Malaysia Keseluruhan).
Nampak semakin jelas kemaraan pejuang2 Pakatan Rakyat(PR) lebih terserlah jika dibandingkan dengan BN. Ini terbukti jika dimasa lampau parti2 lawan ramai yang hilang wang pertaruhan dalam PRU atau PRK. Senario sebegini sudah tidak berlaku lagi hari ini.

Sebalik nya majoriti kelebihan undi yang di perolehi oleh BN semakin menurun, jika di masa lampau sangat sukar kedengaran calun BN yang tewas, hari ini perkara calun BN tewas sudah jadi perkara biasa. Kawasan yang diperintah BN juga sudah semakin mengecut.

Tak hairan bila DS Najib berkata, PRU 13 yang akan datang adalah yang paling mencabar dalam sejarah PRU. Mengapa tidaknya, BN sudah kehilangan sokongan kaum cina dari MCA dan Gerakan serta MIC yang kini tak ubah seperti lalang.

Pemimpin2 dan penyokong2 UMNO harus sedar bahawa rakyat hari ini tidak semudah di pujuk rayu seperti di masa lampau ketika UMNO berdiri teguh dan kukuh. Hari ini UMNO dah rapuh dan mula mereput. Kerapuhan dan pereputan yang berlaku dalam UMNO ini se mata2 kerana perbuatan kotor oleh sesetengah pemimpin yang gila kuasa dan tamak harta.

PRU12 yang lalu tidak banyak merubah perangai pemimpin2 UMNO, kes NFC yang sedang hangat di perbincang kan oleh setiap parti(termasuk pimpinan dan menteri UMNO) dan setiap lapisan masyarakat pasti akan mempercepatkan lagi prosses pereputan UMNO.

Kini UMNO sedang berpesta besar selepas PAU di PWTC, ada kemungkinan ianya pesta terakhir bagi UMNO. Sebenarnya UMNO telah GAGAL untuk kembali kelandasan asal nya. Pada asalnya UMNO sangat di hormati oleh semua kaum, sokongan ini telah menyebabkan parti2 lawan nya hidup segan mati tak mahu.

Pemimpin2 UMNO masih bermimpi bahawa UMNO masih sama seperti dahulu, UMNO masih kuat dan gagah, sokongan rakyat terhadap UMNO tidak pernah luntur. PRU 13 semakin hampir, mana dia MCA, Gerakan dan MIC yang mengaku sahabat setia UMNO?
Posted by Mohd.Sulaiman 2:39 PM 07/12/2011

No comments: