Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, December 2, 2011

PROJEK PALING MEMBAZIR TERBESAR DI DUNIA

Kerja tak sampai 50% tapi kos meningkat hampir 100%?
Kerja pembinaan ke atas projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang bermula pada Oktober 2009, kini siap 42 peratus namun kosnya dilaporkan meningkat hampir satu ganda dari kos asal.

Projek itu dianggar menelan kos antara RM3.6 bilion dan RM3.9 bilion berbanding kos asal RM2 bilion. Ia didakwa berikutan terdapat pengubahsuaian yang melibatkan pembinaan jambatan udara untuk kegunaan semua khususnya golongan kurang upaya serta kanak-kanak.

Terminal tambang murah itu bakal mengendalikan 45 juta penumpang apabila dijangka memulakan operasinya pada April 2013.

Menurut Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid, KLIA2 bakal dilengkapi sistem pengurusan bagasi secara automatik, 68 pintu penerbangan, terminal berkeluasan 257,000 meter persegi dan perkhidmatan pengangkutan rel udara.

“Terminal KLIA2 yang disifatkan sebagai terminal terbesar dunia untuk penerbangan tambang rendah bakal menjadi ikon dalam industri penerbangan apabila ia membuka pintunya kepada dunia.

“Penumpang dikenakan caj tambahan 25 sen bagi penggunaan jambatan udara yang dimasukkan ke dalam harga tiket kerana ia memberi kemudahan kepada pengguna dari terminal ke pesawat dinaiki mereka walaupun ia membabitkan kos operasi RM200 juta setahun dan selebihnya ditanggung MAHB,” katanya pada majlis taklimat media mengenai projek pembinaan KLIA2 di Sepang.

Beliau berkata, syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk menggunakannya atau tidak kerana MAHB tetap membinanya bagi kemudahan orang ramai.

3 comments:

Unknown said...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
terimakasih infonya dan salam ukhuwah wahai saudaraku.

Rafi Harumin said...

Assalami'alaikum.

Terlalu banyak perkara lain yang lebih bermanfaat untuk dilakukan bagi duit sejumlah ini.

Anonymous said...

Membazirkah? lagipun pesawat. Saya tidak berpendat ia satu tindakan membair, lagipun. Rakyat sudah cukup makan kalau dibandingkan di negara serantau. Tapi mereka jenis istimewa, apa kerajaan lakukan semesstinya disokong oleh rakyat. yang dibantah adalah sebab kerajaan tidak mahu membangungkan infraskrutur. Milliter kita pun ditahap rendah, tapi boleh anda katakan membazir? Anda munking kata saya orang UMNO tapi saya bukan orang UMNO.