Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, December 9, 2011
PENGERUSI UMNO IKTIRAF PENTADBIRAN PAS DI KEDAH ! ALHAMDULILLAH !
PM yakin Langkawi sebaris pulau ternama dunia
LANGKAWI 8 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Blueprint Pelancongan Langkawi bagi meletakkan nama pulau legenda itu sebaris dengan pulau-pulau terkemuka dunia seperti Seychelles, Mauritius, Bali, Hawaii dan Maldives.
Sejajar dengan pelan terperinci yang membabitkan pelaksanaan program pembangunan Langkawi bagi tempoh 2011-2015 itu, Perdana Menteri berkata, Langkawi perlu melaksanakan penjenamaan yang kuat dalam tempoh terdekat terutama dalam memperkenalkan alam semula jadinya yang hebat.
Menurut beliau, pelaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi dijangka menggandakan pendapatan sektor pelancongan kepada RM3.8 bilion melalui kehadiran tiga juta pelancong pada 2015 di samping mewujudkan 4,200 peluang pekerjaan.
Perdana Menteri berkata, sebanyak RM5 bilion pelaburan diperlukan dalam tempoh pelaksanaan rangka pembangunan itu dengan 52 peratus pelaburan akan dijana oleh sektor swasta.
Kerajaan memperuntukan RM420 juta bagi menjayakan pembangunan sebagaimana yang disenaraikan dalam pelan itu dan peruntukan itu telah diumumkan dalam Bajet 2012.
Najib juga berharap Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) menangani segera ancaman hakisan di Pantai Cenang kerana ia merupakan lokasi tarikan pelancong.
Katanya, pantai itu akan diberi wajah baru dengan pembangunan semula secara holistik dengan pembangunan zon komersil dan menjadikannya pantai bagi kegiatan riadah keluarga serta pelancong.
Beliau turut mengumumkan pelantikan bekas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Khalid Ramli, 62, sebagai Pengurus Besar Lada yang baru. Pelantikan itu berkuat kuasa bulan ini. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment