
Di bawah ini teman panjangkan tulian blogger penyokong BN yang menghentam bekas Ketua Pemuda Malaysia yang hebat dan kini beliau memegang kuasa meng'ISA'kan orang.
Lemah Gemalai Ucapan Penggulungan Hishamuddin AMARAN
Sungguh lesu...! Sungguh lemah gemalai....!! Macam tidak bernafsu, longLai...!!!
Apa sudah jadi dengan ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO sewaktu penutupan Perhimpunan Agung UMNO sebentar tadi di Dewan Merdeka, PWTC.
Hishamuddin sebagai mantan Ketua Pemuda tidak membawa nada yang tegas, tidak menggambarkan watak hulubalang perang yang mengajak bala tentera UMNO ke medan perang. Sedangkan pada ucapan dan amanat YAB Presiden UMNO, Datuk Seri Najib berpesan untuk ‘bersiap saga’ turun ke medan pertarungan...
Sebagai salah seorang daripada tiga Naib Presiden, Hishamuddin seharusnya tidak membawa nada yang lemah gemalai, secara keseluruhannya ucapan beliau sangat mendatar..!
Apakah Hishamuddin cuba ‘play safe’ tidak mahu menonjolkan watak ultra melayu..? Apakah mungkin beliau khuatir kehilangan undi kaum cina di Parlimen Semberong sekiranya ucapan berapi membakar semangat persis seorang pendekar melayu yang mahu menyusun langkah menuju medan bakti..?
1 comment:
Kami di sini bersedia menunggu serang busuk UMNO dengan 'Pedang Malam'* yang siap diasah. InsyaAllah tumpaslah kamu di bawah panji-panji kami.
* Doa dan munajat yang berterusan kepada Allah untuk kebinasaan UMNO/BN.
Post a Comment