Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, December 2, 2011

MENANTI BOB LOKMAN DI BANDAR BUKIT SENTOSA 13 DISEMBER 2011


Bob Lokman kata pernah 2 orang menteri hubungi beliau.
Penceramah dan pendakwah bebas saudara Bob Lokman mendakwa beliau telah dihubungi oleh dua orang menteri dan menawarkan sesuatu kepada beliau.Menteri terbabit dikatakan bertanya kepada Bob Lokman ,"Engkau nak apa, Engkau nak berapa?".Bob Lokman diminta datang ke pejabat mereka tapi tidak dilayan oleh beliau.Bob Lokman mendedahkan perkara tersebut dalam ceramah beliau malam tadi di Markaz Pas Cawangan Seksyen 18, Shah Alam.Bob Lokman tidak mendedahkan siapa dua menteri terbabit.

Bob Lokman kini semakin berani dan bersemangat selepas beliau dihalang pihak berkuasa JAIS kerana berceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di Selangor.Pihak Jais telah keluar waran tangkap terhadap Bob Lokman.Ketika mengulas kes tersebut Bob Lokman berkata masjid terbabit telah tiga kali panggil beliau untuk berceramah sebab itu beliau datang.Bob Lokman kata kes beliau hadir ke masjid tersebut untuk berceramah umpama menolong isteri jirannya minta tolong bawa kereta hantar beliau ke hospital untuk bersalin..Beliau kata tidak ada lesen memandu.Isteri jirannya kata bawa sajalah janji tidak accident.Sampai dipertengahan jalan tidak berlaku accident tapi ditahan polis kerana tidak ada lesen memandu dan dibawa ke balai polis.Kata Bob Lokman takkan tak ada sifat perikemanusiaan langsung pihak berkuasa kerana beliau menolong orang!

Ketika mengulas isu akta RUU yang diluluskan di parlimen Bob Lokman berkata rakyat jangan takut dengan ugutan pihak berkuasa.Sebagai contoh kata beliau Mahatma Ghandhi yang tahu beliau akan ditangkap telah hadir bersama-sama rakyat India yang lain ke jalanraya.Kata Bob Lokman sepatutnya apabila para peguam turun ke jalanraya bantah akta RUU semua rakyat turut serta biar pihak polis tak tahu yang mana satu peguam yang mana satu rakyat biasa.Begitu juga apabila profesor Dr Aziz Bari dihalang tugas di UIA semua rakyat kena turut serta bantah bukan hanya golongan pelajar saja berdemontrasi.Jika semua rakyat turun di jalanraya berapa banyak sangat mereka mampu tahan dan tangkap?

"Jika pemimpin tidak mahu berubah rakyat akan mengubah.Apabila rakyat buat perubahan pemimpin akan bertukar" kata Bob Lokman dalam forum 'Apa Salah Kami?' di Markaz Pas Seksyen 18 Shah Alam.
Posted by MISAIMERAH

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum


kedatangan beliau dialu-alukan dan pasti penduduk bukitsentosa akan turun dari bukit secara beramai-ramai dengan menggunakan pelbagai kenderaan termasuk dua kaki yang dianugerah oleh allahswt ketempat yang diprogramkan.Sudah pasti karamah dan keberkatan dari allah akan diturunkan pada malam itu serta dibanjiri oleh para malaikat untuk mendoakan keatas mereka yang datang dengan keikhlasan untuk mencari kebenaran kerana allah dan sekaligus ada catitan didalam buku amalan masing-masing akan kehadiran mereka yang ditulis oleh malaikat ratib dan atib untuk dipaparkan dimahkamah allah nanti dipadang masyar kelak(Akhirat).Bahawa mereka juga antara orang-orang yang inginkan kebajikan dan kebaikan serta menyokong kebenaran apa yang perjuangkan oleh parti Pas(Parti Islam semalaysia)yang ada link(sambung) dari zaman kezaman hinggalah kezaman rasullulah s.a.w.Datang-datanglah beramai-ramai untuk meramaikan majlis.Kerana majlis ilmu ini amat disukai oleh allah dan para malaikatnya.Semoga Bukit sentosa akan aman sentosa dari musuh-musuh mereka yang ingin merosakkannya.Marhaban-maharban ya Bok lokman...