Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 27, 2011

JIKA MAHU NEGARA CEMERLANG !

Wajar tahu Siapa Ahli Jannah(Syurga) dan Siapa ahli Nar (Neraka) Hadis 2436 jilid 4 Sahih Muslim Dari Haritsah bin Wahab r.a katanya dia mendengar Nabi Saw bersabda “Mahukah kamu sekelian ku beritahu siapa ahli Jannah?” Jawab para sahabat “ Tentu ya Rasulullah” Sabda Baginda “ Muslim dhaif bila dihina orang, lalu dia bersumpah dengan menyebut nama Allah dan mereka berdoa kepadaNya, maka doa nya sungguh dimakbulkan Allah” kemudian baginda bertanya pula “Mahukah kamu kuberitahu siapa penduduk neraka?” jawab mereka “tentu” Sabda Baginda “setiap orang yang kasar, besar mulut, angkuh, takbur, sombong mewah, namun kikir/bakhil dan sombong” Ayat “Kazalika yatba’uLlahu ala kulli qalbin mutakabbirin jabbarin” terjemahan “ yang demikian itu, Allah telah membekukan hati orang yang takbur dan sombong” orang takbur dan sombong di identified sebagai orang fasik yang melakukan kezaliman secara terangan di depan pandangan muslimin muslimat… Allah ingatkan “ Allahu la yahdi kaumilfasikiin” terjemahan “ Allah tidak memberi hidayah bagi orang fasikiin” Hadis 2437 Sahih Muslim: Dari Abu hurairah r.a katanya Rasulullah saw bersabda “Ada dua macam penghuni neraka yang belum terlihat olehku dewasa ini : pertama , orang yang membawa cemeti seperti ekor sapi, digunakannya untuk memukul manusia, kedua wanita yang berpakaian tetapi seperti bertelanjang dan pandai merayu menggoda, rambut mereka disasak seperti punuk unta miring, Mereka tidak dapat mencium jannah. Sesungguhnya bau jannah itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh Hadis 2438 Dari Abu Hurairah r.a katanya dia mendengar rasulullah saw. Bersabda “ Tidak lama , jika usiaku panjang, engkau akan lihat suatu kaum memegang cemeti seperti ekor sapi ditangannya .mereka itu sentiasa berada dalam kemurkaan Allah Taala sepanjang pagi dan petang Hadis 2442 jilid 4 sahih muslim Penduduk jannah ada tiga macam ; Penguasa yang adil, pemurah dan bertindak sesuai dengan Hukum orang yang berhati pengasih dan berhati lembut terhadap karib kerabat dan muslimin orang dhaif yang tidak terkendalikan otaknya, mereka disamping kamu hanyalah ikut-ikutan, mereka tidak mahu berkeluarga dan tidak mengkehendaki kekayaan. Penduduk neraka ada 5 macam: orang dhaif yang tidak mempergunakan otaknya, mereka hanya menjadi pengikut, tidak berusaha mencari nafkah untuk dirinya dan berkeluarganya. pengkhianat yang tidak tahu malu, sampai hal-hal kecil dikhianati nya juga orang yang pagi petang berusaha hendak menipumu, tentang keluargamu, dan hartamu orang bakhil atau pendusta orang yang bermulut buruk dan suka menggunjing.

No comments: