Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 20, 2011

BN TAKUT DENGAN MASA TAMBAHAN TAPI NGELAT MENAMBAH MASA

untuk makluman SPR telah menghapuskan masa selama 1jam untuk Bantahan pada hari penamaan calon di PRU13 PUTRAJAYA 19 Dis. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menghapuskan masa bantahan selama sejam pada hari penamaan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) . Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, keadaan itu bermakna pegawai pengurus pilihan raya akan diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan kelayakan seseorang calon untuk bertanding dalam pilihan raya. ''Ini bermakna calon lawan tidak lagi boleh membangkitkan soal-soal teknikal tetapi tugas tersebut akan dipikul sepenuhnya oleh pegawai pengurus. ''Kalau pihak tertentu ada bukti bahawa calon itu tidak layak bertanding dan ia tidak disedari pegawai pengurus, maka mereka boleh bawa petisyen ke mahkamah selepas pilihan raya," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar. Abdul Aziz turut mengumumkan calon yang telah dinamakan tidak lagi dibenarkan menarik diri pada saat-saat terakhir. ''Keadaan ini akan memudahkan SPR mencetak kertas undi lebih awal dan tidak perlu menunggu selama tiga hari untuk melihat sama ada terdapat calon yang mahu menarik diri," katanya. Beliau berkata, SPR turut membenarkan pengundi golongan orang kelainan upaya (OKU) seperti orang buta atau cacat dibantu oleh orang yang dipercayainya untuk mengundi. ''Orang yang boleh dipercayai itu bagaimanapun mesti terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas," katanya. SPR turut bersetuju untuk mempamerkan daftar pemilih baru selama 14 hari berbanding tujuh hari seperti sedia ada. ''SPR juga membersihkan daftar pemilih pada setiap hari dan kami meminta parti politik supaya tidak menghebohkan kepada media sekiranya terdapat satu atau dua kesilapan. ''Maklumkan kepada kita, SPR bersedia memperbetulkan mana-mana kesilapan yang tidak disengajakan," kata Abdul Aziz. Tambah beliau, pihaknya telah bersetuju untuk mengubah tempat duduk wakil calon untuk memantau proses buang undi. Masa bantahan dihapus Oleh THOMAS CHONG pengarang@utusan.com.my

No comments: