Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, December 14, 2011

BILA YANG KALAH MEMERINTAH , TERIMALAH PADAH !

kOMEN :Sedarkah kita Wilayah Persekutuan diperintah oleh BN tetapi BN kalah dalam PRU12 yang lalu iaitu Pakatan Rakyat memenangi 9 parlimen dari 11 parlimen yang dipertandingkan. Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat. Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran. Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971. Sementara itu, Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir kilat. Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, dua bot dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat. "Sekarang ini kami dalam proses menyelamatkan mereka ke tempat yang lebih selamat sedikit demi sedikit," katanya dipetik agensi berita nasional itu. -mk Ulasan GB Mana menteri Wilayah Persekutuan yang hanya sibuk hendak merampas tanah di Kg.Baru sehingga tidak perasan kawasan ibukota mudah dilanda banjir kilat? Mana wartawan arus perdana yang baru-baru ini sibuk menuduh kononnya berlaku pencurian pasir apabila berlaku banjir di Kajang baru-baru ini semata-mata untuk memburukkan imej Kerajaan Selangor? Ada orang curi pasirkah di tengah-tengah Jalan Tun Abdul Razak?