Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 12, 2011

AWAS PR ! 'RASUAH JALANRAYA' DAH BERMULA

Memang kita rakyat Malaysia yang berpendapatan sekeluarga kurang dari RM3,000 layak dan ada hak menerima wang RM500 'one OFF' yang ditentukan oleh Kerajaan BN. Yang penting kita tahu wang itu adalah dari wang negara atau wang rakyat juga bukan wang BN atau UMNO. BN dan UMNO hanya menguruskan selagi mandat pilihanraya diberikan melalui kemenangan dalam Pilihan Raya. Najib bab beri wang memang bijak, bayangkan beliau dah set sebaik semua borang BR1M diterima di seluruh negara maka Najib akan guna masa beri wang RM500 adalah semasa pilihanraya nanti. Dengan mudah BN melalui Najib akan menghulur wang semasa kempen dalam Pilihan Raya ke 13 nanti. Inilah yang dinamakan rasuah yang cuba dihalalkan oleh SPR. Nampaknya BN akan sibuk memberi wang dalam kempen dan saban hari berita elektronik akan menghidangkan adingan rakyat dapat wang sahaja. Jadi apa Pakatan Rakyat akan lakukan?
PR samada Pilihan Raya atau Pakatan Rakyat?

3 comments:

perjalanan pulang said...

salam....marilah kita saksikan siapakah yang tidak mahu ambil duit itu... RM 100/- pun banyak orang sapu

omaq said...

Bodohlah siapa yang layak tapi tak mau ambil duit tu...Itu hak mereka tanpa mengira latar belakang ugama, bangsa dan fahaman politik. Kerajaan hanya diamanahkan untuk menguruskan saja dengan gaji yang telah dibayar kepada mereka...

Anonymous said...

berbaloikah ! jumpa LHDN bagi yg tak pernah bayar cukai ?