Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, November 25, 2011

UMNO LUMPUH DEK PM KE TUJUH !


"Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Anwar Ibrahim adalah perdana menteri Malaysia yang ketujuh," katanya disambut tepukan kira-kira 1,500 orang perwakilan ketika menyampaikan dalam ucapan dasarnya di kongres PKR kelapan di Johor Bahru hari ini.

Membuka tirai kongres yang kali pertama diadakan di kubu kuat Umno itu, Azmin turut menyerang Umno sebagai parti yang "anti-Melayu" dan hanya berjuang untuk "membela tembolok kerabat dan bukannya rakyat."

"Layakkah perjuangan Umno yang sehingga kini tidak dapat menjelaskan ke mana lesapnya saham milik Melayu-bumiputera berniali RM52 bilion dijulang sebagai perjuangan mempertahan ketuanan Melayu?

"Lihat sahaja dalam isu National Feedlot Corporation. RM250 juta yang diperuntukkan untuk mengurangkan kebergantungan import bahan makanan telah disalahguna untuk membeli kondominium mewah.

"Sehingga hari ini menteri yang berkenaan masih lagi berkuasa, malah mendapat kekebalan dari timbalan presiden Umno.

"Di mana 'ketuanan Melayu' yang dilaungkan jika hak rakyat dirampas dan diagihkan kepada menteri untuk keluarga dan kerabat?" soalnya lagi.

2 comments:

Tengku Cik Tengku Jamil said...

ketuanan melayu tu apa, ramai tak faham, cikgu sejarah pun tak faham. melayu pun ramai tak faham. nak jadi tuan apa bendanya? melayu tak perlu jadi tuanlah, kerana nanti ada golongan elitis atasan melayu yang tersinggung. mereka pun rasa melayu juga sebab tanpa mereka, melayu tak ke mana. ketuanan melayu akan berakhir kerana melayu memerlukan kepayungan dalam apa sahaja tindak-tanduk. umno telah menanamkan sikap pesimis di kalangan umat melayu agar menjaga ketuanan melayu. pemimpin umno sendiri pun tak faham terminologi ketuanan melayu itu seperti mana budak kutip kotak tepi jalan yang tak peduli apa tentang ketuanan melayu. lupakanlah soal tuan dan puan melayu itu.

Anonymous said...

Memang benar, tidak wajar laungkan Ketuanan Melayu lagi. DS Najib pun dah laungkan 1malaysia. Dan di sisi PAS dan yang memahami konsep negara Islam perlu faham hanya yang beriman dengan Allah dan yang taat perintah Allah adalah yang terbaik .