Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, November 9, 2011
TERKORBAN DALAM IBADAH KORBAN
Komen : Dalam masa kita melakukan ibadah korban, ada juga malaun yang kebanyakan beragama Islam menjadikan umat Islam yang berkorban dijadikan korban caj dalam bentuk permit. Inilah yang kununnya nak memantau, tapi dengan cara menaikkan harga permit sembelihan korban. Malaun ni tak faham ke yang korban ini ibadah , yang menyembelih dan melapah dan membungkus daging untuk diagihkan pun sukarela dengan niat Allah yang akan mengurniakan pahala malahan keredhaan Allah yang kita mahukan. Jadi , relevan kah caj permit dikenakan?
Inilah pertanda kerajaan Malaysia yang dipimpin Barisan Nasional dah kekurangan wang.
LANGKAH MENAIKKAN PERMIT KORBAN OLEH JABATAN HAIWAN JASIN TIDAK WAJAR
Langkah Jabatan Haiwan Jasin menaikkan permit sembelihan korban di Daerah Jasin amat tidak wajar. Setiap ekor lembu yang dikorbankan dicaj sebanyak RM35.00. Sebelum ini permit sembelihan korban dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Jasin. Rata-rata mereka yang melaksanakan ibadah korban meresa dukacita atas kenaikan tersebut apalagi mereka yang diamanahkan untuk sembelihan . Bayangkan jumlah lembu yang dikorbankan sebanyak 10 ekor atau lebih sudah tentu jumlah yang besar terpaksa dibayar kepada Jabatan Haiwan.
Menurut seorang peserta korban yang juga bertanggungjawab menguruskan permit tersebut iaitu Saudara Shamsudin Hj Kamit,langkah jabatan Haiwan tersebut sangat tidak wajar khususnya kepada mereka yang ingin menjalankan ibadah korban . Beliau mempersoalkan kenapa mereka yang ingin menunaikan ibadah dikenakan caj sedemikian sedangkan mereka bukan berniaga.
Belau berharap Jabatan Haiwan menarik balik caj yang dikenakan di masa-masa akan datang supaya tidak membebankan orang ramai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment