Rakyat Selangor Dalam Risiko Besar.
Menteri Besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mendedahkan pada Dewan Undangan Negeri Selangor hutang yang ditanggung oleh Syarikat Konsesi Air, Syabas adalah sebanyak RM3,000,000,000 (tiga bilion ringgit Malaysia ERTINYA lebih tinggi dari tiga pulluh ribu malah lebih tinggi dari tiga ratus ribu dan masih tinggi dari tiga juta dan lagi tinggi dari tiga puluh juta ringgit ).
Inilah sebabnya mengapa Syabas meminta kenaikan tinggi tarif air di Selangor.
Buat masa sekarang MB Selangor telah menggunakan kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri Selangor berdasarkan perjanjian dengan Syabas bagi mengekang kenaikkan tarif air.
Tetapi, sekiranya Selangor tumbang kepada beEnd pada PRU-13 nanti keadaan tentunya akan berubah. Kerajaan Umno/beEnd tentunya akan menaikkan tarif air bagi menampung hutang yang ditanggung Syabas, ini adalah kerana Syabas dan syarikat-syarikat lain yang berkaitan membekal air di Selangor adalah milik kroni-kroni dalam Umno.
Selama ini, Umno Selangor tidak pernah berjanji untuk mengekalkan pemberian 20 meter padu air percuma yang diberikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, serta memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif air sekiranya Umno/beEnd berkuasa di Selangor.
Ini bermakna rakyat Selangor berada dalam risiko dan akan menderita akibat kenaikkan tarif air yang tinggi seperti dituntut oleh Syabas, sekiranya Selangor jatuh kepada beEnd/umporno.
Menurut Khalid, selepas Syabas mendapat kontrak bagi konsesi perbekalan air, syarikat Syabas menjadikan perjanjian kontrak tersebut sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang dari pasaran-pasaran kewangan.
“Syabas telah berhutang sebanyak RM3 bilion dari syarikat-syarikat kewangan sejurus selepas memperoleh perjanjian konsasi tersebut.
“Ini menunjukkan asas perniagaan Syabas adalah dari sumber hutang bukannya dari kemampuan kewangan syabas sendiri.” kata beliau ketika menjawab soalan Adun Lembah Jaya, Abdul Khasim Abdul Aziz.
Beliau yang juga Adun Ijok berkata akibat dari bebanan hutang yang tinggi, bebanan tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan cara Syabas menaikkan tarif air.
“ Apabila hutang tidak dapat dibayar Syabas telah meminta dari kerajaan persekutuan.
“Disebabkan nak bantu syarikat kroni kerajaan pusat telah menggunakan wang rakyat dengan memberi pinjaman sebanyak RM300 juta tanpa faedah selama tujuh hingga lapan tahun.” jelas Khalid.
Menurut Khalid lagi akibat dari ketidakcekapan Syabas serta beberapa syarikat konsesi air di Selangor ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menggunakan dana yang tinggi untuk mengambil alih industri air dinegeri ini.
“Selangor perlu menggunakan hampir RM10 bilion untuk mengambil alih air Selangor kerana kos tersebut turut melibatkan hutang-hutang syarikat konsesi tersebut dengan pasaran-pasaran kewangan.
“Walaupun bayarannya agak besar tetapi industri air ini perlu diselamatkan bagi menjamin tidak berlaku penguasaan yang sewenang-wenangnya oleh mereka yang tidak bertanggung jawab yang akhirnya dibebankan kepada rakyat.” ujar beliau lagi.
CEO Syabas adalah dipercayai muka penyangak air di Selangor, gaji dia beliau hampir RM5 juta setahun, dapat projek air di Selangor daripada Mat Taib dulu bukannya mengunakan fasiliti sendiri tetapi mengunakan fasiliti Jabatan Bekalan Air Selangor.
Memang rakyat Selangor perlu pertahankan pentadbiran Pakatan Rakyat dengan sentiasa mengundi Pakatan Rakyat jika ada pilihan raya dan tumbangkan BN keseluruhannya dalam PRU-13 nanti.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
dengarnya syabas juga berminat dengan sebuah akhbar tabloid yang pernah hidup, dan kemudian "mati" dan pada hujung tahun ini kena hidupkan juga, sebab dah hujung tahun. betulkah?
Post a Comment