Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, November 16, 2011
PADAN MUKA ! NAK JIMAT TAK BERTEMPAT, MANA NAK LETAK MUKA
Komen : Mungkin mereka tak kisah pasal nak ambil hadiah sebab pegawai nak hampir ramai dengan atlet yang dihantar ke Palembang, Indonesia. Kalau sukan di Thailand ...tak tau lah jumlah pegawai , lebih ramai dari atlet kot! Kalau tak betul alhamdulillah, Kalau betul astaghfirullah.
Mungkin atlet yang tiada harapan kena hantar balik cepat pasal nak jimatkan kos sewa penginapan dan makanan dan pegawai yang terlebih boleh terus tinggal kot?
PALEMBANG - Kuartet 4x400m yang melakukan kejutan meraih emas kelmarin dilayan seperti orang pelarian apabila segera dihantar pulang semalam tanpa sempat menerima pingat yang dimenangi mereka.
Gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh sepatutnya perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah semalam selepas ditangguhkan kelmarin.
Malangnya, perancangan kelam-kabut yang dibuat Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menyaksikan detik manis yang sepatutnya di- nikmati mereka selepas penyertaan mereka dianiaya, tidak kesampaian.
Penerbangan mereka telah ditentukan lebih awal gara-gara KOAM menjangkakan gandingan ini tiada harapan pingat untuk dimenangi.
Antara yang lantang membidas tindak tanduk dan kelemahan KOAM itu ialah atlet olahraga negara, Noraseela Khalid yang menegaskan, rombakan segera perlu dibuat supaya lebih ramai lagi atlet tidak menjadi mangsa.
"Mereka datang lewat tetapi pulang awal kerana KOAM tidak percaya mereka boleh menang pingat. Inikah persatuan yang memperjuangkan nasib atlet?
"Sepatutnya mereka diberi peluang menerima hadiah dulu, barulah pulang. Ini tidak, dah jadi macam orang pelarian pulak. Di Malaysia ramai lagi telah menjadi mangsa seperti kuartet 4x400m ini.
"Jadi, bantulah kami melakukan perubahan dalam KOAM sekiranya kita tidak mahu melihat atlet terus menjadi mangsa. Harap presiden KOAM juga dapat membantu," katanya.
Kuartet 4x400m lelaki negara pulang pada pukul 2.50 petang semalam selepas 17 jam memenangi pingat emas dengan menewaskan Thailand di tempat kedua dan Indonesia ketiga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kami anak muda memang benci sgt dengan sikap pimpinan mcm tu.. Memang dasar penuh kegampangan bila anak muda yg bertungkus lumus mengharumkan nama negara diperlakukan begitu..Dlm artikel terdahulu http://reformisanakmuda.blogspot.com/2011/11/malaysia-hantar-pegawai-seramai-jumlah.html telah disebut perangai pegawai2 Malaysia yg tak guna satu sen pun utk negara...
ini akan menambahkan laporan audit menjadi rekod BN tambah sakit.Kat badan BN/UMNO memang rasuah melekit-lekit dan melekat
Post a Comment