Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, November 23, 2011

MENYESAL TAK SUDAH KALAU JILAT SEMULA LUDAH !

Komen Teman : Barisan Nasional atau PEKEMBAR(UMNO) akan menyesal tak sudah kalau cuba melaksanakan rang undang-undang menghalang demo sebegini. SEBAB ! sebabnya dah terbukti 4 negeri yang telah menyebabkan mereka(BN/UMNO) kantoi telah mendorong mereka membuat demo bila tidak puashati pada pemerintah Pakatan Rakyat di Negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat(PR) seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Contoh di Selangor berpa ramai ADUN BN dan bekas ADUN dan menteri turun padang membuat demo pada Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh PR!Tengoklah bekas ADUN Lembah Jaya Bn iaitu Ismail Kijo yang pernah berdemo di Ampang Point sebagai contoh. Itu baru negeri, kalau Malaysia BN kantoi, apa yang mereka(BN) boleh buat kalau undang-undang haramkan demo telah dikuatkuasa? BN juga yang susah nanti.
Wahai BN dan UMNO ..kalau kamu kalah Putrajaya bagaimana nak demo ! Dulu punyanya busuk hati kutuk Pakatan Rakyat berdemo dikatakan macam beruk seperti kata KJ (Ahli Parlimen BN Khairy Jamaludin menantu Pak Lah)...tup-tup lepastu beliau(KJ) rajin turun padang berdemo dan akhirnya telan balik air ludah yang telah diludahkan kepada Pakatan Rakyat. JADI ! INGATLAH SEBELUM CUBA LULUSKAN RANG UNDANG-UNDANG TERSEBUT nanti UMNO juga yang semput.



Kerajaan BN dengonya amat serius untuk membentangkan satu rang undang-undang yang akan menghalang rakyat dari membuat perlakuan protes secara demonstrasi dijalanan. Teman dan rakyat harap semua Ahli Parlimen Pakatan rakyat dan Ahli Parlimen BN yang nak berubah akan hadir ke sidang Parlimen untuk membantah undang-undang ini.

Amat memalukan jika Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak bersungguh membantah rang undang-undang ini.

Diantara undang-undang yang akan diperkenalkan katanya ialah,

- Notis selama 30 hari perlu diberikan lebih awal, kecuali ditempat-tempat yang dikhususkan oleh Menteri Dalam Negeri.

- Selepas notis dihantar, perhimpunan boleh diteruskan kecuali terdapat bantahan dari pihak polis.

- Protes jalanan tidak akan dibenarkan.

- Protes tidak dibenarkan dalam kawasan 50 meter dari kawasan larangan seperti yang terdapat dalam senarai termasuk hospital, sekolah, tempat ibadat.

- Seksyen 8 membenarkan "pegawai polis mengambil tindakan yang sirasakan sesuai " supaya akta ini dipatuhi.

- Seksyen 9(5) membenarkan polis mengenakan denda terhadap penganjur sehingga RM10,000 jika sekiranya tiada notis awal perhimpunan diberikan kepada polis.

- Seksyen 20(1) membenarkan polis menahan sesiapa saja yang membawa atau membenarkan kanak-kanak dibawa keperhimpunan.

- Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda penunjuk perasaan sehingga RM20,000.

- Mereka yang dibawah umur 21 tahun tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang penganjuran perhimpunan.

- Kanak-kanak dibawah umur 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang bentuk perhimpunan kecuali kebudayaan, keugamaan seperti pengkebumian ataupun acara yang diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri.

Rang undang-undang ini akan dibentangkan bersama dengan akta Polis, dimana permohonan permit polis untuk menganjurkan perhimpunan akan dimansuhkan.

Tujuan undang-undanag ini diperkenalkan ialah untuk menghalang sebarang demo atau perhimpunan aman.

3 comments:

Anonymous said...

Eloklah demo dikawal. Jika tidak ada yang bawa bayi, isteri-isteri, pelakon-pelakon, stunt men untuk mengambil bahagian. Yang bodohnya bila benarkan diri diperbodoh oleh bangsa lain! Kalau dirumah baca buku, belajar berhujjah dengan baik, belajar mengawal perasaan, belajar menghargai keharmonian yang ada, belajar bersyukur, belajar jangan cari salah orang lain sahaja, belajar jangan cari kuman orang, sedangkan gajah tepi mata sedang berhayun, belajar kurangkan rasa dengki, belajar bagaiman sesuatu kejadain ada hikmah disebaliknya, lantas segera bermuhasabah kan lebih baik! Janganlan biar diri jadi tunggangan bangsa lain yang menunggu untuk kita jatuh supaya mereka akan dapat membuat pekasam terhadap kita!. Bukalah minda!

Anonymous said...

mcm la bgs pas n pakatan rakyat...

zul_neem said...

assalamualaikum

Buka minda tapi tembus dan memecah selaput tempurung yang mengongkong rasional kejiwaan dan keakalan diri kita.Sebab itu amalan para anbiya dan solihin dengan cogan kata dari pencipta langit dan bumi yakni amal makruf, nahi mungkar dan beriman kepada allah adalah pembuka akal atau minda berkadar terus dengan amalan harian atau alam realiti berinteraksi dengan kemahuan kedegilan,kebuntuan,kebodohan,kejanggalan dan kejahilan.Inilah titik tolak dan jaminan dari nabi besar kita demi untuk mendapat kejayaan didunia dan akhirat.Adakah umat Melayu di Malaysia memahaminya.