Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, November 16, 2011

MEMANG SALAH, BOLEH CETUS RASUAH !

Komen : Kalau ditanya pada teman, memang teman kata Ahmad Zahid Hamidi tak boleh tumpang pergi haji nai kapaltorbang. Setakat tumpang kereta,bas dan ketapi atau kapaltorobang biasa bolehlah.
Sebagai orang kerajaan , pegawai tertinggi perlu hati-hati ditakuti fitnah.
Tumpang kapal torobang kawan boleh mendatangkan terhutang budi tapi kalau bodi Ahmad Zahidi tergadai teman tak kisah .Yang teman bantah kalau terhutang budi kena bagi projek atau luluskan projek dan yang tergadai ialah hak negara.

KUALA LUMPUR — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan membuat penjelasan penuh mengenai pemilik jet peribadi yang beliau tumpang ke Mekah baru-baru ini sekembalinya dari lawatan rasmi ke Rusia.

“Saya kini di Moscow, ada tugas rasmi. Balik nanti saya akan beri jawapan,” kata beliau (gambar) dalam respons SMS kepada The Malaysian Insider, yang menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu jet peribadi tersebut dan pemiliknya.

Isu ini timbul apabila beliau dikatakan pergi menunaikan haji menggunakan jet peribadi.

Terdahulu, Naib Presiden Umno ini yang dihubungi The Malaysian Insider menafikan jet peribadi itu miliknya.

Katanya, memang betul beliau naik jet peribadi tetapi dia sekadar menumpang jet peribadi kawannya yang kebetulan juga buat haji.

“Salah ke?” Tanya beliau dalam kenyataan awal.

Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datok dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2009 ketika era pentadbiran Najib.

Sebelum itu beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam.

Dakwaan diterima menerusi e-mel menyebut Zahid telah pergi untuk menunaikan haji tahun ini dengan menaiki jet peribadi.

Menurut dakwan itu, isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis telah berada di Madinah terlebih dahulu dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian ke Jeddah.

“Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa diberi untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan dalam Kementerian Pertahanan?

“Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?” kata dakwaan itu.

Dakwaan itu juga menyebut beliau sering ke Arab Saudi terutama ketika Ramadan dengan rakan kongsi yang sama beliau bernama “Tuan Sheikh Rozi”.
Dicatat oleh ELBI RISALAH

3 comments:

Anonymous said...

UMNO semua boleh.Dulu Tuan Guru Nik Abd Aziz nak pi Mekah dengan sponser orang....heboh 1 Malaysia.Yang ni pulak..... boleh.Tak salah? Itulah hipokritnya UMNO.Katakan UMNO BOLEH??????????

Anonymous said...

serangan dalam UMNO semakin menjadi-jadi, seronok pembangkang tinggal kutip je, Hebatkan Politik!!! HTTP://UMNO-REFORM2.COM/FRONT/INDEX.PHP?OPTION=COM_CONTENT&TASK=VIEW&ID=1254&ITEMID=58#JOSC_TOP

Anonymous said...

malaysia today dan malaysia insider adalah agen pembangkang yang paling hebat, siapa penghantar surat tu ek? boleh tahu ke? kalau macam tu enaklah ye, tulis surat dan hantar email kepada malaysia today dan malaysia insider, kutuk dan cerita buruk orang yg mana kita rasa boleh menjatuhkan seseorang pemimpin tu, tak kiralah umno ke pembangkang ke, agak-agak keluar tak..