Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, October 3, 2011

TUGAS PAKATAN RAKYAT SANGAT MUDAH


YDP PAS Kawasan Hulu Selangor Tn Hj Muhammad Idris bin Ahmad .

YDP PAS Kawasan Hulu Selangor dengan lantang memberi fokas baru iaitu PRU13 adalah peluang Pejuang Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya ke 13 nanti dengan matlamat Selangor dan seterusnya Putrajaya.
Dengan kemenangan nanti Pakatan Rakyat dapat membuka lembaran baru dari segi sejarah di mana semua nama-nama pejuang Pakatan Rakyat akan dicatit untuk rujukan di masa akan datang di mana kejayaan membebaskan rakyat dari cengkaman kuku Barisan Nasional yang menyusahkan rakyat.
Beliau juga menegaskan PAS sentiasa akan berkerjasama dengan PKR dan DAP dalam usaha memenangkan Pakatan Rakyat keseluruhan dalam PRU13 nanti.


Tetamu jemputan YB Amiruddin Shaari , ADUN Batu Cave

YB Amiruddin hanya perlu menjelaskan perbezaan pentadbiran antara kerajaan PR dan Barisan Nasional (BN) supaya penilaian rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) memihak kepada PR.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari berkata, penjelasan itu penting supaya rakyat tidak terpengaruh dengan isu-isu dibawa BN.

“Jelaskan yang kita sudah berikan setengah bilion iaitu RM465 juta terus mengalir kepada rakyat menerusi program-program Kerajaan Negeri.

“Malah, kita tidak miskin kerana sudah ada 1.1 bilion tambahan rizab di Selangor dan ini yang perlu kita perjelaskan,” katanya.

Sambil menyifatkan sudah tidak ada formula untuk BN menang, beliau mahu tiga elemen iaitu calon, jentera dan pengundi diberi penekanan untuk menjamin kemenangan PR pada PRU13 kelak.

Sementara itu, PR melihat inilah masa dan peluang terbaik wajar digunakan untuk merampas Kerajaan Pusat daripada BN.

Amirudin berkata, rakyat kini sedang menilai kedua-dua kerajaan dan masa yang tinggal sebelum tibanya PRU13 menjadi ruang penentu penilaian muktamad rakyat sebelum tukar kerajaan.

“Kita berusaha ambil alih Parlimen Hulu Selangor dan merampas ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) kawasan ini yang dikatakan menjadi kubu kuat BN.

“Inilah satu-satunya peluang untuk rampas Kerajaan Pusat kerana beberapa mitos dan andaian pemerintah sebelum ini telah lebur,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan PR Parlimen Hulu Selangor di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua PKR Cabang Hulu Selangor; Mohamed Nazar Yakin, Yang Dipertua Pas Kawasan Hulu Selangor; Muhammad Idrsi Ahmad, Ketua Whip DAP Hulu Selangor; Chng Boon Lai, Pengarah-pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Batang Kali, Kuala Kubu Bharu dan Hulu Bernam serta pemimpin cabang dan ranting.

Rakyat dan pemimpin PR jangan terkejut atau melenting bila BN cuba memanipulasi isu sama ada isu Melayunya, isu raja-raja, isu kuil seperti kejadian mengusung ‘kepala lembu’, laungan azan dan terbaru isu Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang kononnya tidak menjaga kepentingan orang Melayu.

“Tapi semua ini sementara. Tidak ada lagi masalah kaum kerana kita di PR walaupun diuji dengan banyak isu dan ditekan dengan laporan media melampau namun kita mampu memperjelas dan rakyat menerimanya,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin di peringkat cabang dan ranting sewajarnya menggunakan senjata sedia ada untuk melemahkan musuh seperti memperjelas program kerajaan yang dikatakan sudah jauh melangkah ke hadapan berbanding BN.

1 comment:

Unknown said...

jangan bimbanglah, apabila rakyat sudah jelak dengan RTM,TV3,dan apa saja media termasuk utusan, maka mereka tak akan tergoda dengan mainan jahat wartawan dajjal itu. kebencian terhadap pimpinan UBN sedang memuncak selepas era bersih 2.0, orang pun tak gemar kepada polis yang samseng, imej UBN dah jatuh, pemimpin ada kes rasuah, skandal seks dan macam-macam, mereka juga menganugerahkan tanah dan duit kepada kaum bangsawan melayu. ini semua menimbulkan soalan rakyat.