Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, October 24, 2011

TALAM DUA MUKA DAN BERMUKA MUKA

Komen : Teman dah letih dengan perkataan Talam atau Talam 2 Muka, almaklumlah rumah teman di Bukit Sentosa 2 dan sekitarnya adalah dari projek syarikat Talam Corporation atau kini kami panggil Talam Dua Muka sebab syarikat mengaku muflis tapi banyak tapak atau tanah diperolehi untuk projek perumahan sehingga di Dengkil, selangor. Tapi projek Talam di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung hampeh dan kantoi.
Kini PM pula cuba guna tektik yang sama-sama cuba bermuka-muka memuji HIMPUN kunun jadi kayu ukur aktiviti perhimpunan .

PM banyak silap jika bandingkan HIMPUN dengan BERSIH 2.0 . Berbeza dengan 3 faktor utama. Pertama - Bersih 2.0 siang-siang dicop haram manakala HIMPUN dikatakan siang-siang sebagai perhimpunan aman.
Kedua - HIMPUN tiada sekatan jahat (seluruh negara) seperti BERSIH 2.0 .
Ketiga - HIMPUN diwar-warkan awal bahawa permit telah diberi manakala BERSIH 2.0 Dijanjikan Stadium Merdeka tapi permit Polis tidak diberikan.
KUALA LUMPUR, 24 Okt:
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia membidas kenyataan ‘flip flop’ Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang memuji program Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) berjalan dengan aman dan teratur berbanding himpunan Bersih 2.0 yang lalu.

“Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan kenyataan tersebut cukup hina, berniat jahat dan menunjukkan sikap sebenar seorang Perdana Menteri yang pandai ‘bermuka-muka’ sedangkan Sekretariat Bersih 2.0 telah mengikut prosedur yang ditetapkan untuk menjayakan program tersebut dengan mematuhi saranan Yang di-Pertuan Agong,” kata pengarahnya, Mohd Sany Hamzan.

Tetapi , katanya amat malang sekali apabila pihak kerajaan dengan sewenang-wenangnya terus melabel Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, menangkap penjual dan pemakai baju kuning Bersih 2.0, menggunakan pihak polis untuk memburu dan menangkap pimpinan Bersih 2.0 dan pimpinan Pakatan Rakyat, menidakkan permit himpunan walupun diarahkan untuk memohon permit, menghalang untuk menggunakan stadium walaupun Perdana Menteri berjanji untuk menyediakan kemudahan stadium kepada himpunan Bersih 2.0.

Kata beliau, sememangnya program Himpun tidak mengganggu dan mengacau mimpi pemimpin Umno dan Barisan Nasional kerana agenda aqidah umat Islam tidak menjadi agenda utama perjuangan Umno dan tidak mampu untuk menggugat kuasa pemerintahan mereka.

Ini, ujarnya berbanding agenda Bersih 2.0 yang membabitkan perjalanan pilihanraya yang telus, bersih dan adil boleh menyebabkan Umno BN akan kehilangan kuasa pemerintahan mereka selama ini yang diperolehi dengan cara yang cukup kotor, penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sehingga ke tahap ‘menjual maruah negara’.

“Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan kenyataan Datuk Seri Najib hanyalah sebagai lakonan terbaru beliau apabila melihat kegagalan Bajet 2012 diterima oleh rakyat, penolakan sepina mahkamah untuk menjadi saksi utama kes liwat II Anwar Ibrahim, kes cincin Rosmah, tekanan tehadap perbincangan Undang-undang Hudud Negeri Kelantan dan Terengganu, penghinaan terhadap institusi beraja dan pelbagai lagi isu yang menggugat kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Barisan Nasional,” ujarnya.

4 comments:

Unknown said...

secara mudah, jika perhimpunan itu diketuai oleh pemimpin PR, sudah tentu Najib akan kerahkan bala tenteranya untuk memusnahkan perhimpunan. kenapa Himpun tidak diganggu? perisikan dah tahu, pemimpin pembangkang tak masuk, hasan ali hanya sebagai individu tidak mewakili partinya, yang hadir banyak golongan proUmno, itu yang najib puji. tipulah kalau mereka tak bertindak seandainya anwar, kit siang, guan eng, nik aziz, hadi awang datang ke situ, dah tentu kecoh dibuatnya. Himpun apa yang ada, tidak langsung menetaskan berita dunia sebagaimana Bersih 2.0 yang hebat itu.

Anonymous said...

Sangat mudah nak baca politik UMNO ni...Kata2 Najib pun x susah nak difahami maksudnya...Tindakan Pas x ikut serta HIMPUN memang tepatt. Siang2 lagi aku dah tau...UMNO BN ada pisau 2 mataa dlm HIMPUN...Seokor dua ahli pas yang hadir, depa dah bersorak riuh sekampung..Kalau pas ikut serta gaamaknya...mahu 2 minggu depa canang...

Anonymous said...

Takbir ! Allahuakbar ! Memang Allah Maha Besar dan kita wajib besarkan Allah bukan Penguasa Malaysia

zul_neem said...

assalamualaikum

Begitulah besarnya dan kuatnya pengaruh Pakatan rakyat sehingga boleh mengurangkan kehadiran diprogram Himpun walaupun program itu dipandang baik didalam berhadapan dengan masalah Murtad dinegara kita.Begitulah Ihkwan muslimin(muslimin brother) berjaya menjatuhkan hosni mubarak bersama kuncu-kuncunya dimana didalam setiap pilihanraya telah dimenangi oleh mereka(Hosni mubarak), bila ikhwan muslimin dapat mempengaruhi rakyat terutama anak -anak muda untuk membanjiri jalan-jalan raya dan bandar-bandar utama,walaupun hentaman dan peluru hidup menanti mereka dari pihak berkuasa.Pengaruh ini amat ditakuti oleh mana-mana pemerintah yang ditentang oleh rakyat bila kaedah pilihan raya telah disalahgunakan atau sebarang perundingan memulihkan kuasa dan hak rakyat dipandang enteng.Dalam kontek penerimaan rakyat dimalaysia, Pakatan rakyat telah meletakkan satu tahap yang membolehkan rakyat menerima order atau arahan yang membolehkan menggugat kuasa pemerintah UMNO sekiranya tiada jalan terbaik dan diguna pakai didalam kearah menjatuhkan kerajaan yang korup lagi tak boleh dipercayai.Inilah sebenarnya yang amat digusari dan ditakuti oleh penasihat-penasihat dan pakar-pakar strategi politik pemerintah kerana PAKATAN RAKYAT berjaya menguasai hati dan trend kehendak mereka.