Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, October 8, 2011

SYOK SENDIRI AKAN JADI BUBUR LEPAS BUBAR

Kabar-kabar angin selepas penaburan gula-gula kabong yang bosa-bosa dikala pembentangan bajet Najib semalam mengatakan pada hari Isnin, 10 Oktober iaitu 10/10/11 nanti atau 11/11/11 Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya akan diumumkan. ekoran pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Najib Razak,beliau mungkin perasan yang persiapan beliau sudah lengkap maka untuk menarik kembali undi kepada BN beliau perlu segera mengumumkan.

Pada ketika ini beliau akan merasakan hari Isnin 10 Oktober adalah hari sesuai membubarkan Parlimen.

Kenapa Isnin?

Kita dah tau dan memang ramai dah tau bahawa si Najib nie dari semasa muda dari semasa menjadi MB Pahang termuda memang suka berbelanja tanpa memikirkan jumlah yang akan berlaku dan kebetulan beliau memang tidak tahan dan tidak sanggup berhadapan dengan hentaman dan teguran pihak Pakatan Rakyat di Parlimen. Oleh itu bagi menggelakan pembahasan di Parlimen maka memang logik pembubaran Parlimen sesuai baginya menjelang Isnin.
Rakyat, kakitangan kerajaan dan pesara dan janda dan duda bekas askar juga tengah seronok mendengar mereka akan dapat gula-gula kabong yang diwar-warkan Najib semalam semasa pembentangan bajet 2012.

No comments: